“Jangan buat ibu menangis” Datuk Yusof Haslam

4,565 views

Sempena bulan Ramadhan ini, Datuk Yusof Haslam amat berharap agar ianya dapat memberi rahmat buat anaknya dan semua pihak agar bermuhasabah diri. 

Yusof Haslam akui sayu hati melihat keadaan menjadi semakin tak terkawal ketika ini. 

Melalui laporan Kosmo, Yusof Haslam juga berharap anaknya, Syamsul tidak berprasangka yang tak baik terhadap ibu kandungnya sendiri. 

“Di bulan Ramadan yang mulia ini saya berharap kita semua dapatlah mendekatkan diri dengan Maha Esa, serta dapatlah jauhkanlah hati dari adanya berprasangka tak baik terhadap orang lain terutama ibu sendiri.” 

“Saya mengharapkan anak saya, Syamsul muhasabah diri, begitu juga mereka yang berkaitan. Ibu bercakap demi kebaikan, meminta kembali ke pangkal jalan, itu merupakan nasihat bukannya terus anggap sebagai racun.” 

Kata Yusof Haslam lagi, jika seorang anak jumpa ibu bapa dan memeluk serta memohon keampunan, maka semuanya akan dilupakan kerana itu adalah kasih ibu bapa kepada anak.  

“Jika anak datang jumpa emak, memeluk serta minta maaf, hati seorang ibu itu akan terus saja sejuk. Saya yakin hal yang dah berlaku dia tak peduli pun lagi sebab anak yang disayangi dah ada di depan mata.” 

Yusof Haslam juga berpesan, jangan sesekali membuatkan ibu kandung menitiskan air mata.  

“Tak kiralah dia ada hubungan baik dengan ahli keluarga sebelah sana, tetapi janganlah membiarkan ibu sendiri menangis.” 

“Cukup-cukuplah. Ibunya tu cuma mahu dia pulang saja. Itu yang dimahukan. Saya pun sudah pujuk isteri agar janganlah membalas lagi apa-apa. Kita doa saja, semoga Allah akan melembutkan hati anak kami tu.” 

Itulah komen dari Datuk Yusof Haslam tentang kemelut yang masih melanda dalam rumah tangga anaknya Syamsul Yusof dan juga menantunya Puteri Sarah Liyana.