“Awak bukan skammer” Fouziah Gous mohon maaf kat Shuib

2,168 views

Sepahtu Reunion Live kembali lagi, kali ini dengan lawak yang lagi best untuk para peminatnya. Rancangan komedi ini dipanggil part two disebabkan sebelum ini Sepahtu Reunion terpaksa ditangguh kerana PKP selama 3 bulan di Malaysia, sekitar bulan Mac lepas.

Rancangan ini patutnya diadakan secara live depan penonton, namun kerana adanya PKP semula setelah kes banyak yang naik, Sepahtu Reunion part two ini terpaksa dibuat mengikut SOP tanpa penonton.

Minggu ini dah masuk episode kedua, dan semuanya berjalan lancar. Pada minggu ini, artis jemputan ialah Fouziah Gous dan Wanna Ali, serta cameo dari Roy Azman.

Ceritanya mengangkat tema, seorang suami yang dah naik pangkat dan mahu mengejarkan cinta anak kepada bos, dan telah melupakan isterinya.

Wanna Ali memegang watak anak kepada bos manakala Fouziah Gous menjadi isteri kepada watak utama Jep Sepahtu.

Setelah berpisah dengan suami, watak Fouziah Gous pulang ke kampong duduk bersama ayahnya. Ada satu segmen yang mana Fouziah berborak dengan Arbaiee yang dilakonkan oleh Shuib.

Ada ayat kelakar dari Fouziah Gous mengatakan bahawa Shuib bukan skammer membuatkan tersedak Shuib dibuatnya. “Awak terlalu baik, awak bukan skammer” dialog dari Fouziah Gous.

Fouziah Gous kemudian meminta maaf kerana menaikkan isu itu. Ini komennya di laman media sosial.

Memang lama tak belakon, bagi la chance ya. Maafkan saya Arbaiee yang dibawa oleh Shuib Sepahtu”.

Terima kasih menerima kehadiran saya dalam Sepahtu Reunion Live. Semua orang tahu kehebatan korang semua, dan saya doakan korang akan terus dapat ilham untuk hiburkan kita semua. Semoga berjaya dunia dan juga di akhirat”.

Apapun, lawak spontan dari Fouziah Gous itu telah menerima pujian ramai. Memang berjaya membuatkan ramai tergelak.

Jadi jangan lupa marilah kita sama-sama layan Sepahtu Reunion Live ini yang dah ditukarkan ke hari Khamis di Astro Warna.