Majlis perkahwinan Nonny Nadirah dan Niezam dibatalkan, hubungan terlerai

3,992 views

Sebelum ini diketahui pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah menjalin hubungan dengan pelakon Niezam Zaidi. Memang banyak kali dapat dilihat kemesraan antara mereka yang dimuatnaik di laman Instagram milik kedua selebriti ini. Malahan hubungan mereka dikatakan sudah masuk ke fasa seterusnya dan dikahabarkan bakal disatukan sebagai suami isteri.

Namun dalam perkembangan terkini, Nonny akhirnya telah mengesahkan bahawa hubungannya dengan Niezam Zaidi sudah berakhir.

Malahan Nonny dan Niezam dah pun membatalkan majlis perkahwinan mereka yang telah dirancanga untuk dibuat pada masa terdekat.

Perkara ini didedahkan oleh Nonny menerusi Igstories miliknya pada awal pagi tadi.

“Untuk makluman semua, setelah mengambil kata sepakat bersama, majlis perkahwinan antara kami berdua telah pun dibatalkan, cancel”.

“Kalian semua, satu je kami nak minta. Minta doakan kebahagiaan buat kami berdua dan agar dapat kami bertemu jodoh yang baik buat masing-masing”.

“Sesungguhnya kami berdua ini hanya mampu rancang saja akan tetapi Allah itu merupakan sebaik-baik perancang segalanya”.

Tentang pembatalan perkahwinannya dengan Niezam, Nonny tak mahu cakap lebih mendalam dan meminta keampunan dari semua media yang nak mendapatkan kenyataannya.

“Buat semua rakan media, saya mohon maaf sebab tidak dapat nak beri komen pada anda semua. Buat masa sekarang ni, saya simpan komen saya. Diharapkan kalian faham”.

Untuk pengetahuan, hari ini merupakan birthday Niezam Zaidi yang ke 28 tahun. Nonny hanya memberi ucapan khas saja, dan meggelarnya sebagai sahabat.

“Happy birthday untuk mu wahai sahabat. semoga tuhan beri keberkatan, serta kuatkan iman serta takwa. Jadilah anak yang baik dan semoga dapat temu jodoh dengan orang yang baik”.

Hubungan Nonny dan Niezam sebelum ini memang serius malah mereka dah pun pergi ke kursus perkahwinan bersama.

Nonny sebelum ini pernah berkahwin namun mahligai yang dibina hanya mampu bertahan selama setahun.