Awat pelik sangat kening Eina Azman ni ~ Netizen

3,042 views

Kalau sebut nama Datin Paduka Eina Azman, dah tentu semua akan teringat kehebatannya di dapur. 

Eina Azman sememangnya amat sinonim dengan perkataan its done ketika selesai membuat sesuatu masakan. 

Kehebatan Eina Azman di dapur memang tak dapat nak dipertikaikan lagi. Dah bertahun Eina Azman tayang skill memasaknya, memang dah ada pengikutnya sendiri. 

Baru-baru ini, pelakon berumur 28 tahun ini ada muatnaik satu lagi resepi kepada para peminatnya. 

Kali ini Eina Azman tampil dengan resepi ikan goreng siakap ala Thai pula. 

Tiada apa yang kurangnya dengan masakan Eina Azman itu, tetapi sebaliknya yang menjadi perhatian ialah rupa Eina Azman di video berkenaan. 

Yang mendapat perhatian ialah bahagian kening Eina Azman yang ramai katakan teramat pelik. 

Begitu banyak komen dari peminat bertanya apa yang dah jadi dengan kening Eina Azman tu. 

Ini antara komen dari para peminatnya. 

“Kenapa kening Eina Azman ni nampak pelik sangat.” 

“Mesti Eina Azman ni baru buat kening dia ni.” 

“Kening tu guna marker ke masa buat.” 

Tidak cepat melatah, Eina Azman dilihat telah menjawab komen-komen dari peminatnya itu. 

Jelas Eina Azman, video ini dirakam sebelum bulan puasa, dan dia hanay mencuba untuk mengenakan inai. 

Katanya, kini keningnya pun dah kembali seperti biasa dah. 

“Ni sebenarnya video sebelum Ramadhan lagi, saja buat kening guna inai, macam Shin Chan sikit.” 

“Buat inai kononnya. Sekarang ni dah okey dah kening, dah macam biasa.” 

Ini beberapa komen serta jawapan dari Eina Azman tentang keningnya yang kelihatan pelik itu. 

Apapun, kepada peminat Datin Paduk Eina Azman, jangan lupa untuk layan video masakannya di bulan puasa ini, bokeh cuba semua resepinya, nampak sedap dan juga mudah.