Ketika ini, rumah tangga pasangan selebriti terkenal iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle pula menjadi topik utama media.
Diana Danielle telah menfailkan tuntutan untuk berpisah dengan suaminya Farid Kamil, namun Farid enggan melafazkan talak.
Semalam, Farid Kamil membuat satu pendedahan bahawa sebenarnya isterinya itu ada menjalin hubungan dengan orang lain.
Farid Kamil juga berkata dia bukan bercakap kosong sebaliknya ada bukti bahawa memang wujud orang ketiga bersama Diana Danielle.
Namun begitu, Farid Kamil tidak akan mendedahkannya kepada umum, sebaliknya akan menampilkan bukti itu kepada pihak mahkamah.
“Untuk pengetahuan semua pihak, saya sebenanrya ada bukti bergambar. Sekarang ni saya tidak bolehlah nak tunjuk. Saya kena tunjuk di mahkamah terlebih dulu bukti ini.”
“Hal peribadi saya, isteri dan anak-anak ni, saya tidak mahu buka berlebihan kerana akan memberi persepsi yang hanya akan mengaibkan mereka.”
Farid Kamil berkata sedemikian setelah ditanya media ketika satu sidang media untuk filem terbarunya berjudul Gold.
Pelakon berumur 42 tahun ini berkata bahawa dia sudah menghidu isterinya itu mempunyai orang ketiga sejak tahun lalu.
Dan kini Diana Danielle menfailkan penceraian kerana kantoi dan juga atas dorongan dari pihak ketiga berkenaan.
Segala tuduhan dari Farid Kamil itu dinafikan oleh Diana Danielle serta mempersoalkan tindakan Farid Kamil membawa bunga dan membelikannya cincin jika benar ada orang ketiga.
“Itu semua tak benar, kalau betul ada orang ketiga, mengapa dia bawa cincin dan juga bunga.”
Untuk info, Farid Kamil dan Diana Danielle berkahwin pada tahun 2012 dan sepanjang perkahwinan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Che Mad yang kini berumur 10 tahun dan Aurora yang berumur 8 tahun.