Ayah kandung Mondy minta maaf pada Ustaz Ebit Lew

12,338 views

Semalam, seorang sahabat ustaz Ebit Lew dari Indonesia iaitu ustaz Derry Sulaiman, telah membuat satu pendedahan tentang wanita bernama Mondy yang sedang jadi topik bualan di Malaysia. 

Ustaz Derry, seorang penceramah terkenal, membuat satu sesi siaran langsung dengan mengatakan bahawa Mondy telah berkata yang tidak benar terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada Ebit Lew. 

Ketika sesi itu, ustaz Derry juga sempat menghubungi seorang lelaki yang dikatakan ayah kandung kepada Mondy. 

Pendakwah berkenaan mendedahkan kepada ayah kandung Mondy apa yang terjadi di Malaysia dan mendedahkan mesej bahawa Mondy hanya mahukan duit. 

“Dia, Mondy hanya mahukan duit. Dia diberikan duit untuk berkata sebegitu.” Kata ustaz Derry.

Kemduiannya, ayah kepada Mondy terus saja memohon maaf di atas perbuatan Mondy. 

Ini komen dari ayah kandung Mondy.  

“Saya mahu memohon maaf kepada ustaz Ebit, di atas tingkah laku tutur kata yang kurang sopan Mondy.”  

“Tolong sampaikan kepada Ustaz Ebit yang juga telah banyak membantu keluarga saya.” 

“Saya ini orang yang tidak pandai, tak mampu, minta maaf atas perlakuan Mondy.”  

“Mungkin anak saya tu berada di dalam tekanan atau diguna oleh orang tak bertanggungjawab.” 

Kata bapa kandung Mondy lagi, dia ada berhubung dengan Caprice. 

“Saya ada bercakap dengan orang yang membawa dia itu, dia kata jangan risau dan jangan rasa khuatir. Saya memang jadi bingung.” 

“Tidak pasti nama betulnya tapi itu namanya Caprice. Dia memang ada hubungi saya, untuk minta izin pada saya sebagai orang tuanya.” 

“Ada cakap pada Mondy, nanti ke Malaysia bagi tahu siapa, sebab nanti saya mahu hubungi Mondy. Mahu komunikasi sama siapa di sana.” 

Ustaz Derry kemudian berkata pada bapa kandung Mondy. 

“Dia dah kata yang tak benar tentang ulamak di Malaysia, saya tak pernah tengok orang yang alim macam ustaz Ebit Lew. Orang yang lembut, dan lisannya juga baik” Kata Ustaz Derry. 

Ini pula kata dari bapa Mondy. 

“Ye ustaz, saya akui ustaz. Saya mengerti itu. Anak saya Mondy ni memang susah di atur ustaz.” 

Bapa kandung Mondy kemudiannya mengalirkan air mata di atas hal yang sedang berlaku.

Katanya dia tetap mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.

“Saya hanya memohon Mondy sihat dan baik-baik saja di sana.”

Dalam pada itu, Caprice dilihat tak berdiam diri, dan meminta ustaz Derry untuk tampil menunjukkan nombor yang dikatakan mesej dari Mondy itu. 

Jelas Caprice, ada isu yang lebih besar sedang berlaku menglibatkan pihak di negara jiran itu.