Caprice umum isteri hamil 5 bulan

1,483 views

Penyanyi terkenal dan juga ahli perniagaan, Ariz Ramli yang dikenali dengan nama Caprice telah membuat satu pengumuman yang amat gembira. 

Khabar gembira yang diumumkan oleh Caprice ialah dirinya akan bergelar seorang bapa tak lama lagi. 

Isterinya, Farra Inalis kini disahkan telah hamil dan usia kandungannya sudah masuk trimester kedua iaitu dah 5 bulan. 

Berita ini disampaikan oleh penyanyi berumur 35 tahun ini menerusi satu sidang media ketika berada di satu event sebentar tadi. 

Sebelum membuat pengumuman, Cap ada bertanya kepada isterinay sama ada boleh dia umumkan berita berkenaan. 

Fara Inalis memberi signal bahawa semuanya terpulang kepada Cap. 

Ini kenyataannya. 

“Alhamdulillah, ini pertama kali Cap nak umumkan, kepada semua media, bahawa syukru isteri saya kini sudah mengandung, sedang hamil lebih kurang 5 bulan usianya.” 

Caprice akui bahawa dirinya sebelum ini memang belum sedia, kerana pelbagai isu yang melandanya. 

“Lepas Cap kahwin,ada yang tanya kenapa Cap tak mahu cuba untuk dapat anak bersama isteri.” 

“Bukannya tak nak, tetapi masa tu, ketika baru lepas kahwin tu, banyak perkara yang melanda, dan ini termasuk hal media sosial dan juga dari segi perniagaan serta juga hal luar lain.” 

“Memang saya tak sedia lagi masa tu untuk ada anak.” 

Tahniah diucapkan kepada Caprice dan isterinya Fara Inalis yang akan menimang cahaya mata dalam 3-4 bulan lagi. 

Semoga segala urusan akan dipermudahkan buat pasangan ini. 

Untuk info, Caprice telah bernikah dengan Farra Inalis pada tahun 2021. 

Pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat saja. 

Isteri Caprice iaitu Farra Inalis yang kini berumur 28 tahun, mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulunya.