Ayah kandung Puteri Balqis dah buat laporan polis?

2,222 views

Kisah berkenaan pelakon remaja Puteri Balqis yang lebih senang dipanggil dengan nama Aqish kini sedang menjadi topik utama pelbagai media dan portal hiburan tanah air.  

Setelah pelakon berumur 15 tahun ini mendedahkan sikap ayah kandungnya sendiri menerusi satu temubual di Bros Gang TV, ramai yang bagaikan tak sangak hal berkenaan terjadi kepada pelakon yang menempa nama di usia kanak-kanak itu. 

Dalam perkembangan terkini, ibu kepada Puteri Balqis iaitu Ashikin, dah pun buat sedikit kenyataan menerusi beberapa post di Instagram dan mengakui hal yang didedahkan oleh Puteri Balqis itu memang benar terjadi. 

Kini ramai yang tertunggu giliran serta kenyataan dari ayah kandung Puteri Balqis pula. 

Namun begitu, menerusi satu tweet dari pengguna bernama Kamal Aziz, ada satu paparan perbualan whatsapp dengan ayah kandung Puteri Balqis bernama Azizi yang telah didedahkan. 

Dari paparan perbualan itu, khabarnya ayah kepada Puteri Balqis itu dah pun buat laporan kepad apihak berkuasa tentang hal yang tular itu. 

“Nah amik kau, kepada semua yang dah sebar isu tentang bapa Puteri Balqis. Ni perbualan aku dengan bapa remaja berkenaan.” 

Dari foto, lelaki yang disapa sebagai GG, mungkin singkatan kepada Azizi, ada menyatakan bahawa dia telah buat report, namun tak mendedahkan butiran secara lebih terperinci. 

“Maaf ye, uncle tidak boleh lah nak mendedahkan balai mana dan sebagainya namun memang betullah, dah buat laporan kepada pihak polis.” 

Selain itu, individu berkenaan juga menafikan ada bertindak sedemikian. 

“Saya masih lagi berfikiran waras dan wallahi memang tak terniat mahu pun ada terfikir nak buat hal-hal seperti itu. Tuhan yang mengetahui semuanya.” 

Ini paparan perbualan whatsapp berkenaan. 

Sehingga kini itu saja lah perkembangan isu antara Puteri Balqis, ibu dan juga ayahnya.