(3 Foto) Noor Nabila akhirnya upload foto mesra dengan Enhku Emran

2,825 views

Begitu banyak khabar angin tentang rumah tangga Noor Nabila, iaitu kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa. 

Semuanya gara-gara ada beberapa isu timbul melibatkan suaminya iaitu Engku Emran. Antaranya ialah tiada lagi gambar suaminya itu di laman media sosial. 

Ini sekaligus membuatkan ramai netizen naik hairan dan mempersoalkan status perkahwinan antara kedua mereka ini. 

Kemudian cakap-cakap orang luar semakin menjadi setelah tiada kelibat Engku Emran dan anaknya Engku Aleesya di sambutan hari kelahiran anak Noor Nabila iaitu Jebat Jayden. 

Ramai yang tertanya dimanakah suami Noor Nabila terutama ketika majlis yang penting seperti sambutan hari lahir Jebat Jayden. 

Akhirnya beberapa hari lalu, Noor Nabila telah upload foto bersama suaminya itu. 

Noor Nabila muatnaik gambar bersama Engku Emran sempena sambutan hari lahir Noor Nabila yang ke 38 pada 4 September. 

Selain Engku Emran turut hadir di majlis itu ialah ahli keluarganya termasuklah Datin Noor Kartini serta Neelofa. 

Jom layan foto mereka berdua. 

Dengan adanya gambar terbaru ini, ianya terus saja menutup spekulasi kononnya hubungan mereka sudah retak. 

Sebelum ini Noor Nabila ada mengatakan dia tak mahu mengetengahkan kisah peribadinya secara umum dan menghormati permintaan Engku Emran yang tak mahu terlalu terdedah kepada umum. 

Untuk info, Engku Emran dan Noor Nabila bernikah pada bulan Mac tahun 2021. 

Engku Emran pernah bernikah dengan dua selebriti terkenal sebelum ini iaitu Erra Fazira dan mempunyai seornag anak perempuan bernama Engku Aleesya. 

Kemudian Engku Emran bernikah dengan pelakon dan penyanyi tersohor dari negara seberang iaitu Laudya Cynthia Bella namun hubungan tak berkekalan. 

Noor Nabila pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad pad atahun 2017 dan hasil perkahwinan mempunyai seorang anak iaitu Jebat Jayden.