Belum sebulan, Azri Iskandar nak merisik, meminang wanita bernama Dr Azra

3,131 views

Baru saja berpisah dengan pelakon dan pengarah Ellie Suriaty, nampaknya pelakon Azri Iskandar sudah mengorak langkah untuk mencari pengganti sebagai pasagan hidupnya yang baru.

Azri Iskandar telah mengesahkan bahawa dia akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, tak lama saja lagi.

Individu yang bakal menjadi isterinya merupakan orang dalam industry juga bernama Azra Diera.

Wanita berkenaan lebih mesra disapa dengan nama Ara dan merupakan seorang penulis skrip serta turut mempunyai pelajaran yang hebat iaitu miliki PhD dalam jurusan muzik.

Azri Iskandar dan family akan hantar rombongan untuk merisik dan meminang Azra Diera atau Ara pada bulan Jun ini juga, dalam masa dua tiga minggu ini.

Tentang Ara, dia juga pernah berkahwin dan telah berpisah dengan bekas suaminya.

“Kalau tak ada aral melintang, kami akan nikah dulu. Majlis perkahwinan pula akan dibuat kemudian di masa yang terdekat juga.”

Jelas Azri, majlis persanidngan terpaksa ditunda dulu, sebab dia mempunyai kerja dan jadualnya agak padat ketika ini.

“Ketika ini saya masih jalani penggambaran untuk drama berjudul Kau Tak Punyai Hati, yang diarahkan oleh Azmi Hatta terbitan TV3. Kalau ikutkan jadual sampai 2 Ogos depan.”

“Memang masa yang ada agak terhad untuk uruskan semua persiapan. Apapun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan dengan lebih detail termasuk tarikhnya nanti.”

Azri Iskandar mengesahkan dan membuat kenyataan berkenaan dalam satu temubual menerusi portal Malaysia Kini.

Sebelum ini, Azri Iskandar dan Ellie Suriaty telah mengumumkan berpisah dan tikda lagi bergelar sebagai pasangan suami isteri pada pertengah Mei yang lalu, belum pun sampai sebulan lagi.

Azri Iskandar dan Ellie Suriaty mempunyai dua orang ank yang sudah meningkat remaja.