Azwan Ali terngiang ngiang gelak tawa Zalina Azman

1,354 views

Kehilangan personality TV3 Zalina Azman turut mendapat perhatian Azwan Ali, 56 tahun, yang lebih mesra disapa Diva AA.

Kata Diva AA, dia memang mengenali Zalina Azman dan melabelnya sebagai seorang yang tidak berselindung, amat baik hati dan merendah diri.

Selain itu Azwan Ali akui Zalina Azman, 58 tahun, memang amat berahsia orangnya.

“Dia ni satu-satunya personaliti TV3 yang tidak ada nak berpura pura apabila bertemu dengan saya ni. Memang dia ni seorang yang perahsia tetapi dia juga baik hati. Amat merendah diri orangnya sungguhpun kami dari dua dunia penyiaran berbeza.”

“Kita ni memang seganlah kerana dia di bahagian berita, saya pula di bahagian hiburan. Tetapi Zalina Azman ini memang baik dan begitu humble. Jika berjumpa, kami berdua selalu berborak tentang hal lain, tak ada nak sentuh tentang hal peribadi sangat. Saya amat hormati dirinya.”

Diva AA memberitahu, Zalina memanggil dirinya dengan nama Azwan, dan selalu teringat gelaknya.

“Saya masih ingat lagi gelak tawa dia. Dia panggil saya dengan nama Azwan. Itu yang terngiang-ngiang apabila saya dapat tahu dia dah hilang. Kalau ikutkan dia memang agak kecoh sedikit, tetapi apabila menyentuh hal privasi, yang ni dia akan diam diri.”

Itulah cerita dari Azwan Ali setelah mengetahui tentang kes kehilangan Zalina Azman yang mula dihebahkan sejak Isnin lalu oleh pihak berkuasa.

Kini memang pihak media mula membuat laporan tentang kes Zalina Azman ini setelah tidak dapat dihubungi sejak bulan November tahun 2021.

Jelas Ketua Polis Daerah Shah Alam, anak kepada Zalina iaitu Mihael Norman mula membuat laporan kepada pihak polis sekitar hujung bulan November setelah ibunya tak dapat dihubungi.

Ketika itu rumah Zalina juga dalam keadaan tak terurus dan kereta masih ada di rumah. Beg duit serta dokumen penting seperti kad pengenalan masih ada di rumah.

Azwan Ali juga antara ramai rakan yang berdoa dan berharap Zalina Azman akan ditemui dalam keadaan yang selamat.