“Nikmat rezeki ditarik” Azhan Rani digugurkan produksi kerana masih cedera

2,385 views

Pelakon Azhan Rani terima dugaan yang tak dijangka-jangka. Setelah alami kemalangan motorsikal baru-baru ini, kini Azhan diuji pula setelah namanya telah digugurkan dari produksi drama.

Walaupun begitu, Azhan reda dengan ketentuan Illahi dan menganggap sudah tiada rezeki yag tertulis buat dirinya.

Dikatakan penerbit terpaksa gugurkan namanya dan beri kepada pelakon lain kerana mahu memastikan kelancaran penggambaran.

“Kalau diikutkan, jadual lakonan saya dah penuh sampai bulan Jun. Tetapi kerana saya alami kecederaan, ada penerbit terpaksa cari pengganti dan tawarkan watak saya kepada pelakon lain.”

“Secara jujur, saya reda dengan ketentuan yang berlaku. Allah tarik sedikit nikmat rezeki namun sebenarnya Dia dah beri saya peluang untuk hidup. Oleh itu, saya tak bolehlah nak mengeluh.”

Jelas Azhan, sebenarnya doctor meminta dirinya untuk rest selama enam bulan agar dapat pulih sepenuhnya.

“Pihak doktor ada nasihatkan saya untuk rehat enam bulan agar semua kecederaan dapat pulih. Namun saya tak boleh buat macam tu sebab ada komitmen bulanan yang harus saya lunaskan.”

“Sebelum ini pun, dek kerana PKP, pendapatan saya pun dah terjejas. Sekarang saya tak boleh nak duduk peluk tubuh.”

Berkenaan kerja, Azhan Rani dah pun kembali masuk ke loasi penggambara dan mulakan kerjanya semula.

“Watak yang saya diberikan merupakan watak ringan. Drama yang saya berlakon ni, patut saya jadi watak utama. Tapi dengan keadaan saya, kini hanya jadi cameo saja. Saya muncul di awal cerita.”

“Tak semua projek menggugurkan nama saya. Ada juga syarikat produksi yang belum bagi maklum balas.”

Tentang keadaan terkini kesihatannya, Azhan Rani memberitahu dia akan ke hospital untuk pemeriksaan susulan serta sesi fisioterapi.

Sekarang masih dalam proses nak pulih. Tak boleh nak bersin atau batuk kuat sangat. Gerak pun masih slow. Tapi doctor cakap proses pemulihan saya bagus, ada tanda positif.” Itulah pendedahan dari Azhan Rani.