“Janda Kelantan saham tinggi, ramai lelaki bujang luah hasrat nak kahwini saya” DS Vida

1,269 views

Penyanyi Caprice telah memilih wanita berstatus ibu tunggal anak satu dari negeri Kelantan sebagai isteri.

Kisah pernikahan Caprice ini turut menarik perhatian jutawan terkenal, Datuk Seri Vida.

Vida berkata kebanyakkan janda berasal dari negeri Kelantan mempunyai saham yang tinggi dan selalu menjadi rebutan.

Dengan ada beberapa nama terkenal memilih untuk kahwin dengan ibu tunggal dari Kelantan termasuk Caprice ianya dah cukup jadi bukti mereka mempunyai saham yang tinggi.

“Saya memang bersetuju 200 peratus bahawa saham janda lagi tinggi dan lebih mahal berbanding anak dara, pasti ramai yang tercabar dengan janda terutama mereka yang asal dari Kelantan.”

“Sebagai contoh, saya lihat di aps Tiktok, ramai sungguh lelaki kata mereka ingin untuk memperisterikan janda.”

“Kalau tengok janda sekarang ni pandai berhias, semua pun cantik-cantik belaka. Mungkin itu sebab anak teruna ramai gilakan janda. Kalau tidak mana ada orang gilakan kita ni sampai macam tu sekali.”

Empat tahun hidup single, Vida akui memang beberapa orang bujang yang mahu berkenalan dengannya dan ramai yang nak kahwin dengannya.

Ini termasuklah bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli yang jadi viral sebelum ini.

Namun, Vida menyatakan dia ketika ini masih lagi belum bersedia untuk berkahwin semula sebab masih terkesan dengan keruntuhan rumah tangga sebelum ini.

“Jika diikutkan lamaran dari orang bujang teruna ni nanti orang kata riak pulak, tetapi hati ini tak boleh dipaksa-paksa untuk terima orang.”

“Bila hati dah pernah retak lagi lah ada rasa khuatir. Apatah lagi saya ni pernah lalui alam perkahwinan yang terdahulu, jadi saya dah tak sanggup nak hadap dah.”

“Sekarang saya tengah happy dan enjoy dengan cara saya, buat apa yang saya suka, contoh nak bercuti, nak shopping saya buat sendiri saja.”

Selain itu, Dato Seri Vida juga mahu fokus pada perniagaan dan juga dua orang anaknya itu Cik B dan juga Kacak.