“Banyak cantik muka kau” Siti Elizad sedang bersedih, wanita lain sibuk nak jadi madu

10,501 views

Siti Elizad kini dalam proses untuk pemulihan dari segi dalaman dan luaran setelah usahanya untuk mendapatkan zuriat menerima tamparan setelah kandungan yang sempat melekat selama seminggu sahaja.

Apabila disahkan kandungan sudah lagi tiada, Siti Elizad amat sedih sampaikan buat dirinya terduduk, tersentak dengan berita berkenaan.

Namun, ketika diri semakin pulih, terutama dari segi mental, Siti Elizad diuji lagi.

Pada kali ini, Siti Elizad berdepan dengan mesej-mesej dari wanita lain yang menawarkan pelbagai oofer seperti nak jadi madu dan mengandung anak bersama suaminya.

Mesej berkenaan diterima setelah Siti Elizad mengumumkan bahawa kandungannya telah tiada awal minggu ini. Jom baca pendedahan dari Siti Elizad tentang mesej yang diterima.

“Dua tiga orang ada mesej, kak Elizad, saya sudi jadi madu you. Bagi zuriat untuk husband you. You hanya perlu jaga diri saya dan anak, duduk di rumah dan kak Elizad boleh macam biasa pergi kerja semua. Ya tuhanku, kau sesuka hati je secara tiba-tiba nak offer jadi madu aku, eh common lah”.

“Saya sedih sebenarnya sebab tak ada zuriat dan baru-baru ini kandungan dah tiada, tapi komen macam ni, saya tak terhibur langsung. Macam mana you boleh datang pada wanita lain yang nakkan zuriat dan offer diri jadi madu. Lepas tu nak duduk kat rumah, goyang kaki je, aku pula kena pergi kerja bagi duit kat kau, banyak cantik kau”.

“Kemudian ada yang mesej cakap dia boleh mengandungkan baby you dan husband, tapi kak Elizad kena bayar sekian-sekian harga. Mana boleh macam tu. Sampai macam ni eh”.

Tambah Elizad lagi, wanita di luar sana tak tahu perangai sebenarnya dan jangan sesekali buat offer sedemikian kerana tak elok.

“Aku naik hantu tau, tapi nak bagitahu kalau berani nak jumpa dengan saya tahu perangai saya macam mana, and then beranilah nak jumpa husband saya konon nak kahwin dengan dia”.

“Macam dalam drama, offer nak jadi madu, aku tak boleh terima. Aku ni susah payah buat IVF untuk suami dan family, ini dia offer jadi madu, pantang sebut madu. Jangan sebut langsung. Tapi perlahanlah untuk dapat zuriat, tapi madu tu lambat lagi”.

Siti Elizad akan membuat rawatan IVF kali kedua pada Januari tahun depan dalam percubaannya untuk hamil anak pertama.