“Baru nampak senyuman sebenar, dengan ibu kandung baru selesa” ~ kata Netizen

2,914 views

Nama Engku Aleesya jadi bualan sejak kebelakangan ini. Ianya bermula ketika berada di majlis pernikahan bapanya Engku Emran dengan Noor Nabila.

Kecantikkan Engku Aleesya menerima pujian ramai. Gambar bersama Noor Nabila dan Jebat Jayden juga mendapat perhatian.

Kemudian di hari pernikahan Neelofa pula, yang mana ramai memuji Engku Aleesya memakai pelitup muka, berbanding hadirin lain ketika bergambar.

Dan akhir sekali ketika sambutan hari lahirnya iaitu pada tarikh 30 Mac lepas. Engku Emran dan Erra Fazira masing-masing menyambut hari istimewa Engku Aleesya yang kini dah genap 12 tahun umurnya.

Yang terbaru, ada satu video dimuatnaik oleh Erra Fazira di platform Tik Tok. Video bedurasi pendek untuk menampilkan Engku Aleesya menari bersama ibunya.

Apa yang menjadi perhatian ialah senyuman yang terpacar di wajah Engku Aleesya sepanjang video berkenaan.

Ternyata Engku Aleesya amat gembira dan kelihatan begitu cantik sekali persis ibu kandungnya itu yang merupakan bekas ratu cantik.

Dari caption Erra menyatakan dia bahagia melihat senyuman dari anaknya itu, setelah menerima sebuah telefon bimbit. “Mom bahagia apabila tengok senyuman anakanda, tak sempat nak buat kejutan untuk dia, dah terus sambar iPhone dalam kotak. Tengok dia happy macam ni, hilang rasa penat.”

Sebenarnya video itu hanya untuk tayangan promosi satu kedai menjual handphone, tetapi ternyata ramai yang terhibur dengan tarian mereka berdua.

Pelbagai reaksi diberi kan oleh follower Erra Fazira dan rata-rata memuji kecomelan anaknya itu. Ada juga yang memuji kecantikkan Erra yang masih keliahatan muda walau usia dah mencecah 47 tahun.

Jom lihat antara komen dari netizen berkenaan video berkenaan.

Wah ini baru nampak Engku Aleesya senyum betul-betul. Nampak dia selesa sangat dengan ibunya.”

Memang banyak iras ibunya, cantik dan cute sangat. Erra ni dah stop aging pada umur 30 tahun agaknya.”

Bila dengan ibunya, nampak ceria je. Memang nampak kebahagiaan sebenarnya di sisi Erra Fazira.”

Kehadiran Engku Aleesya di video berkenaan ternyata menerima banyak komen positif dan ramai meminta Erra Fazira untuk terus menampilkan anaknya dalam video seterusnya nanti.