Bekas isteri pergi dating, saya jaga anak di rumah – Keith Foo

3,545 views

Pelakon yang terkenal melalui drama Ariana Rose iaitu Keith Foo telahpun mengesahkan dirinya dah berpisah dengan Kim Raymond pada hujung tahun 2019.

Sepanjang 4 tahun perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Skylar yang kini dah masuk 3 tahun umurnya.

Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan antara Keith Foo dengan Kim Raymond dikatakan amat baik demi anaknya.

Melalui satu laporan dari portal Kosmo, Keith Foo ditanya tentang kisah bekas isterinya yang dikhabarkan sedang kenali hati budi orang lain.

Keith Foo berkata dia tidak kisah dan memberi galakkan, malah akan menjaga anaknya, Skylar ketika Kim Raymond keluar dengan jejaka lain.

Jelas Keith Foo, dia kini tidak ada sedang menjalin hubungan dengan orang lain, dan fokus dengan kehidupannya sahaja.

“Secara jujur, memang tiada orang yang sudi nak berkenalan dengan saya ni. Sekarang ni, saya selesa saja hidup single. Tetapi hati saya tak pernah tertutup untuk kahwin semula selepas ini.”

“Berkenaan bekas isteri, saya gembira dengan siapa pun pilihan hatinya. Jika dia ingin pergi keluar dating, saya amat beri galakkan, malah saya boleh jaga anak kat rumah.”

“Hubungan antara saya dengan Kim Raymond tetap baik walaupun kami dah tak lagi bergelar suami isteri. Kami berdua tetap teruskan responsibility kami sebagai ibu dan bapa kepada anak kami, Skylar.”

Setelah lebih setahun bergelar duda, Keith Foo akui kadangkala terasa sunyi hidup solo, tetapi dia tetap mahu berfikiran positif.

“Saya tak boleh nak tipu, memang ada rasa sunyi. Dulu bila bangun tidur, anak dan isteri ada. Sekarang, dah lain, semua berubah. Namun saya berfikiran positif.”

Keith Foo kini sedang jalani pengambaran dua drama bersiri. Selain itu, pelakon ini turut menyertai bantuan sukarelawan St John Negeri Sembilan. Keith Foo berkata dia rasa puas hati sekiranya dapat membantu orang yang di dalam kesusahan.