“Rumah itu memang atas nama saya” Shila Amzah jelaskan isu rumah yang diduduki adiknya

15,774 views

Sebelum ini, Syada Amzah ada menyuarakan rasa hatinya apabila rumah yang didiaminya telah didatangi oleh orang tak dikenali yang dikatakan mahu melihat rumah tersebut. 

Kata Syada Amzah, dia tak tahu menahu bahawa rumah berkenaan dalam proses untuk dijual. 

Kini kakaknya iaitu penyanyi terkenal Shila Amzah tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. 

Kata Shila Amzah dia akui membuat keputusan untuk menjual rumah jenis bungalow berkenaan. 

Rumah banglo tersebut sememangnya milik Shila, dan kini diduduki oleh ibunya, dan adik beradiknya termasuk Syada, Syafiq, Syahir dan Icha. 

Jelas Shila, rumah itu amat besar dan tidak terjaga. 

“Apabila ibu bapa kita berpisah, rumah itu ada kenangan yang tak berapa best.”  

“Rumah tu besar, tapi duduk hanya lima orang. Semuanya ada tujuh bilik, ruang tamu besar, banglo lot, ada dua dapur, ada tiga rumah kucing.” 

“Rumah itu tak ada pembantu. Cuba bayangkan, mereka tak dapat nak selesaikan bil semua.” 

Kata Shila Amzah, selesai urusan menjual rumah berkenaan, dia akan membelikan kediaman baru untuk keluarganya itu. 

 “Oleh itu, memandangkan rumah itu saya punya, saya nak dapatkan tempat baru, suasana baru selepas saya jual rumah itu.” 

“Lagi baguslah. Takkan Sha nak biarkan, tengok rumah itu dah kusam dan sedih, saya nak beri rumah yang lebih baik lagi.” 

Shila akui, dia kini mengambil alih tugas sebagai ketua keluarganya. 

Namun Shila terasa hati apabila ada yang anggap dirinya membuat keputusan yang tak baik. 

“Mahu nak cari lebih selesa, mudah nak kemas dan jaga. Sha kini sudah jadi ketua keluarga, sebab tak ada orang lain yang urus benda ni.” 

“Saya ni dah kahwin, dan sudah mempunyai family sendiri namun dalam masa sama saya masih fikir keluarga saya lagi.”  

“Bagi saya, memang lebih baik jual, tapi masing-masing macam letakkan saya bagaikan orang yang tak baik pula.”  

“Walhal rumah berkenaan memang atas nama Sha. Saya nak cari kediaman jenis kondominium, senang tak perlu nak jaga bahagian luar.” 

Shila juga sempat berpesan bahawa dirinya usaha keras mencari rezeki, dan ini memang berbeza dengan orang yang hanya menerima saja. 

“Sesiapa saja yang kerja keras cari duit dari kecil, akan faham hal ini.”  

“Kalau orang yang tak cari duit sendiri, yang memang makan bersuap, senang cakap. Benda orang tak nampak, tapi senang salahkan kita. Nasib baik suami saya Ubai ada.” 

Itulah penjelasan panjang lebar dari Shila Amzah tentang penjualan rumahnya.