Pelakon Datuk Aaron Aziz mengesahkan dirinya kini sedang alami tumor. Dari satu entry di laman media sosial, Aaron, 46 tahun, memberitahu dirinya mempunyai tumor jenis Schwannoma.
Kepada yang tak tahu, Schwannoma merupakan tumor di bahagian sel schawan di system saraf. Dan antara symptomnya ialah ia akan membuat seseorang itu berasa sengal dan juga otot rasasakit.
Aaron Aziz muatnaik satu video menunjukkan dirinya sedang membuat pemeriksaan CT scan untuk melihat perkembangan tumor berkenaan.
Pelakon yang lahir di Singapura ini memberitahu, dia berada di dalam CT scan selama lebih kurang 90 minit lamanya.
“Saya masuk di dalam ini selama hampir 90 minutes, berada dalam benda ni. Doctor ada memberitahu bahawa saya memang kena lakukan surgery. Kemudian saya kena juga cuti, medical leave lebih kurang untuk 2 bulan lamanya.”
Walaupun disarankan untuk bercuti dan berehat untuk jalani rawatan, namun Aaron tidak dapat meneruskan saranan doctor itu kerana mempunyai begitu banyak kerja.
“Namun bagi saya, ini tak boleh, sebab saya ada banyak project yang sedang berjalan sekarang. Jadi saya memang kenalah makan ubatan, sebagai penahan sakitsaya ni.”
“Buat kerja dalam kesakitan, hanya Allah saja yang tahu bagaimana saya rasa. Memang ada yang nampak saya terenyum, tetapi bila nampak hati, abang tak tahan dan mengalir air mata.”
Satu lagi berita dari Aaron Aziz ialah tumor itu kini kian membesar.
“Doctor juga ada menyatakan bahawa tumor Schwannoma itu semakin membesar.” Selain itu Aaron Aziz juga menggunakan hash tag nama dua penyakitnya iaitu Cervical Spondylosis dan juga Schwannoma.
Aaron Aziz kini masih lagi aktif berlakon dan sebenarnya ramai tak tahu keadaan dirinya yang sebenar. Sama-sama kita doakan agar Datuk Aaron Aziz akan sembuh.