Bella Astillah tuntut penceraian dari Aliff Aziz

3,490 views

Pada hari ini, penyanyi dan pelakon Bella Astillah telah hadir ke mahkamah untuk sebutan kes permohonan penceraiannya daripada suami, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz. 

Dari laporan Melodi, Bella Astillah dikhabarkan telah membuat permohonan penceraian ke atas suaminya itu pada hari Isnin lepas, 11 Mac 2024. 

Bella Astillah dilihat telah hadir ke mahkamah bersama ibu serta adiknya, Didi Astillah. 

Ini sediit kenyataan dari Bella Astillah.

“Hari ini merupakan tarikh bagi sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai. Bella telah menfailkan kes ini pada Isnin secara ekspres.” 

“Kami dapat berita yang Aliff setuju, tetapi pada hari ini beliau maklumkan yang dia ada penggambaran. Jadi saya mohon sebutan seterusnya pada 4 April.” 

“Bella rasa dengan pilih jalan masing-masing itu merupakan jalan terbaik untuk Bella dan Aliff.” 

“Saya mahu dipermudahkan urusan. Apatah lagi ini bulan Ramadan ini saya mahukan ia jalan dengan lancar.”  

“Saya dah bertekad sebab banyak ruang dan peluang dah diberikan. Namun tentang anak, Aliff tetap ayah kepada dua anak Bella.” 

“Tak semestinya cinta itu masing-masing harus memilikinya. Kita boleh mendoakan dari jauh.” 

Untuk info, sebelum ini dah banyak kali Aliff Aziz curang dengan Bella Astillah. 

Malahan, Aliff Aziz dan juga Bella Astillah pernah bercerai pada tahun 2019 setelah beberapa kali Aliff curang. Namun tak lama kemudian pasangan ini kembali bersatu. 

Pasangan ini bernikah pada tahun 2016, dan sepanjang perkahwinan, Aliff dan Bella mempunyai dua orang cahaya mata. 

Sementara itu, pelakon Puteri Sarah Liyana ada menulis bahawa Bella Astillah kini masih lagi dalam keadaan terkejut dengan apa yang terjadi. 

Malahan, Sarah mendakwa Bella tiada selera untuk makan minum dan juga tak dapat tidur malam. 

Oleh itu, Sarah memohon orang ramai untuk mendoakan Bella Astillah. 

“Sampai sekarang ni dia masih tak boleh terima apa yang berlaku, dia tak boleh makan, dan tak boleh tidur, dia pun nampak dah kurus sangat.” 

“Di hari pertama bulan Ramadan ini, jom kita bersama-sama doakan Bella Astillah.” 

“Semoga permudahkan semua urusannya.” 

“Doakan semuanya baik-baik dan semoga dia kuat serta tabah.”  

 Itulah sedikit perkembangan tentang Bell Astillah.  

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Bella Astillah.