“Bukan hal yang dibanggakan” Oktovia Manrose malu pernah terpalit dengan Aliff Aziz

420 views

Aliff Aziz menjadi topik paling banyak dibicarakan sejak minggu lalu. 

Kisahnya ditahan pihak Jawi bersama rakan artis Ruhainies, ternyata mengejutkan ramai pihak. 

Ini bukanlah kali pertama pelakon dan penyanyi kelahiran Singapore ini dikaitkan dengan artis wanita lain sejak berkahwin dengan Bella Astillah. 

Sebelum ini, Aliff dikaitkan dengan Afifah Nasir, Oktovia Manrose dan juga Sophia Albarakbah. 

Kerana isu dengan Ruhainies ini, ada pihak yang kembali mengungkit kisah lama Aliff Aziz dengan artis yang pernah terlibat dengannya dulu. 

Dan ini termasuklah dengan Oktovia Manrose. 

Aliff Aziz pernah dikaitkan dengan Oktovia pada tahun 2019. 

Melalui laporan Mstar, Oktovia tahu ada pihak yang cuba ungkit hal itu, dan baginya itu bukanlah hal yang dibanggakan olehnya, malah Oktovia malu.  

“Ada juga nampak berita tu, tetapi benda itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan.” 

“Memang saya malu kerana pernah terpalit dengan isu kontroversi berkenaan, tetapi tak mengapalah, saya tak perlu melatah.” 

“Past is past, itu perkara yang lalu, saya kini dah pun teruskan hidup.” 

Oktovia berkata sedemikian ketika ditanya pihak media semasa hadir di majlis edaran bubur lambuk oleh Datuk A Aida Production di Putrajaya. 

Hal yang berlaku dengan Aliff Aziz itu merupakan hal lama, dan kini Oktovia dah pun berhijrah. 

Oktovia dan adiknya Apreena Manrose sudah pun berhijab dan lebih banyak mengisi masa terluang dengan mendekatkan diri dengan Illahi.  

Jelas pelakon ini, dia pun tak mahu cakap lebih lanjut tentang isu Aliff Aziz itu. 

“No komenlah, saya tak boleh nak cakap lebih-lebih, kerana kita cakap tentang hidayah dan perubahan seseorang.” 

“Macam saya sedang menerima hidayah dan saya ambil, syukur alhamdulillah saya kekal sampai sekarang ni.” 

Oktovia berkata dia hanya mampu berdoa saja untuk Bella Astillah dan juga Aliff Aziz.  

“Kita doakan yang baik saja untuk semua. Untuk Bella, Aliff dan semoga mereka dimudahkan urusan dan bahagia selalu, semua dengan izin Nya.” 

Oktovia Manrose telah berhijrah dan sedang berbahagia setelah berkahwin dengan bekas pemain bola sepak Khairul Efsan pada tahun 2021.