“Benar, saya, Neelofa termasuk Ebit Lew dijemput ke Gaza bulan lepas” PU Riz

4,002 views

Ramai yang tak faham macam mana nama Neelofa dan suaminya turut terpalit dengan kisah melibatkan Caprice dan Ustaz Ebit Lew.

Rupanya ini gara-gara Caprice mengatakan ada plan untuk bawa beberapa selebriti termasuk Neelofa dan Ebit Lew ke Gaza.

Menjawab tentang isu ini, akhirnya suami kepada Neelofa iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail atau Pu Riz tampil memberi komen.

Menerusi satu laporan Harian Metro, PU Riz akui ada terima tawaran dan plan untuk adakan misi bantuan ke Gaza bersama isterinya, Neelofa dan penyanyi, Heliza Helmi serta adiknya Hazwani Helmi dan Ustaz Ebit Lew sekitar bulan Jun yang lepas.

Pendakwah berumur 26 tahun ini memberitahu bahawa offer berkenaan datang dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia atau nama lainnya MAPIM.

Memang benar saya, isteri saya Neelofa dan beberapa selebriti lain dan termasuk jugalah Ustaz Ebit Lew ada ditawarkan misi untuk ke Gaza. Kami juga dijangka akan ke sana pada Jun lepas. Akan tetapi, saya dimaklumkan berkenaan tak dapat diteruskan kerana beberapa sebab.

Selepas itu, saya dapat tahu bahawa Ustaz Ebit Lew dan team dia dapat ke sana untuk menjayakan misi mereka. Itu merupakan rezeki mereka.

Jelas Pu Riz lagi, apa yang berlaku selepas itu dia tak tahu menahu dan meminta orang ramai tak buat sebarang spekulasi.

Cukuplah saya hanya jelaskan yang mana memang saya dan yang lain termasuk juga Ebit Lew dijemput untuk ke sana. Apa yang berlaku lepas itu, di luar pengetahuan saya, tak tahu apa-apa tentangnya.

Saya harapkan hal ini jelas dan orang ramai berhenti untuk buat sebarang komen dan spekulasi. Saya mendoakan agar semua kebaikan yang kita buat mendapat keredhaan dari Illahi.

Itulah kenyataan dari Pu Riz yang dilaporkan oleh Harian Metro.