Fattah Amin merupakan individu yang paling gembira melihat perubahan isterinya Nur Fazura.
Fazura kini dilihat telah banyak kali mengenakan hijab menerusi gambar-gambar di laman Instagram miliknya.
Namun sebelum ini Fazura memang ada kata bahawa dia tidak mahu memberi sebarang komen tentang penghijrahannya itu kerana ianya antara dirinya dan juga Tuhan.
Semalam, Fattah ada buat satu sidang media untuk pelancaran lagu barunya, dan ada wartawan yang tanya tentang peruabahan Fazura.
Secara spontan, Fattah Amin menjawab dia amat bersyukur dengan penampilan isterinya itu.
“Syukur alhamdulillah, itu saja yang boleh saya cakap tentang penampilan siteri saya. Sebagai seorang suami, penampilan muslimah itu memang sentiasa saya doakan selama ini. Sekarang, dia pun sudah memakai tudung.”
Sidang media secara virtual diadakan oleh Fattah Amin ketika melancarkan lagu berjudul Hamba yang dinyanyikan bersama Kmy Kmo. Boleh dengar di laman Youtube Fattah Amin bermula malam ini, Jumaat 23 Julai.
Menjengah laman Instagram milik Fazura, pelakon ini menyatakan bahawa segala ibadah dan penghijrahan dirinya adalah satu rahsia dan tak perlulah nak di sensasikan.
“Ibadah, berhijab, dan penghijrahan. Ini semua adalah rahsia seseorang itu dengan maha pencipta. Perjalanan personal yang sepatutnya tak perlulah nak diberitahu pada orang atau di sensasikan oleh orang lain. Cukuplah, penat.”
Itulah respon dari tuan punya badan, Fazura yang di muatnaik di laman IG miliknya. Kita kenalah respect dengan pendirian dari Fazur ayang mahu berhijrah secara senyap-senyap. Kita doakan saja adagar semua urusannya dipermudahkan.
Diimbas kembali Fattah Amin selamat bergelar suami kepada Fazura pada tahun 2017, bulan November. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Nur Fatima Aisha yang lahir pada 2 Oktober tahun 2020.