“Dengan Mona aku boleh sabar tapi hilang sabar dengan pelakon senior acah hebat”

15,674 views

Masih lagi tentang kisah melihatkan pertelingkahan antara Iqram Diznly dan juga Mona Allen.

Gara-gara satu adegan antara kedua mereka ini, Mona Allen tak puas hati dan meluahkan rasa tak gemar dengan cara lakonan Iqram Dinzly yang dilabelnya sebagai agak berlebihan.

Iqram pula mengatakan Mona Allen sebai minah salleh yang acah-acah diva.

Ekoran insiden ini, ada beberapa artis yang tampil memberi pandangan masing-masing. Antaranya Caprice yang menyatakan ini semua salah satu cara untuk marketing.

Kemudian ada pula rakan-rakan pelakon dari drama yang sama seperti Mia Nasir yang telah back up Mona Allen dan memberi sokongan kepada isteri Pekin itu.

Mia Nasir kemudian ada meminta Iqram jangan fikir diri begitu bagus.

Kemudian ada pula komen dari pelakon senior seperti Fauziah Nawi. Walaupun tanpa menyebut sebarang nama, Iqram telah terasa hati dan muatnaik semula komen dari Fauziah Nawi itu.

Dek kerana ramai yang memberi respon, Iqram terpanggil membuat beberapa kuahan hati di laman IG miliknya.

Salah satunya ialah Iqram berkata dia boleh handle lagi kes dengan Mona, tetapi benar-benar hilang sabar dengan pelakon senior yang acah-acah hebat. Ini luahan dari Iqram Dinzly.

“Saya ni boleh sabar lagi dengan Mona, namun saya betul dah hilang sabar dengan mereka yang acah-acah senior hebat berlakon, tetapi terlebih method di media sosial, lupa kubur kah.”

Selain itu Iqram juga meluahkan rasa kurang senang dari mereka yang memberi respn dan mahu menumpang popularity ekoran kes ini menjadi viral.

“Depan aku mahu je aku jentik. Getik aku dengan makhluk yang macam batak nak juga tumpang viral ini.”

Itu antara luahan dari Iqram Dinzly tentang isu dengan Mona Allen. Dikhabarkan, babak antara kedua pelakon ini masih lagi ada, dan penggambaran hanya akan berakhir pada tarikh 8 Mac ini. Harfap semuanya baik-baik saja.