“Bergema nyaring tangisannya” Mira Filzah selamat lahirkan baby boy

8,273 views

Pelakon terkenal Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar kini dah pun selamat bergelar sebagai ibu bapa pada hari ini.

Mira Filzah selamat melahirkan baby boy pada hari ini iaitu 10 Mei 2022 bersamaan dengan hari ke 9 hari raya aidil fitri.

Pengacara Nona ini melahirkan anak pada awal pagi sekitar jam 340 pagi.

Menerusi satu pengumuman di laman Instagram, pasangan suami isteri ini membuat ucapan sempema kelahiran putera sulung mereka.

Melabel Mira Filzah sebagai isteri syurga, Wan Emir bersyukur kedua anak dan isteri dalam keadaan baik-baik saja.

“Alhamdulillah syukur, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Illahi, yang Maha Esa dan merupakan pencipta sekalian alam. Selawat kepada junjungan mulia baginda Nabi Muhammad.”

“Isteri syurgaku iaitu Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah pun selamat melahirkan putera sulung kami.”

“Mira Filzah selamat melahirkan anak sulung pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, pada hari ini iaitu 10 Mei 2022 sekitar jam 340 pagi.”

“Anak lelaki kami, yang telah bergema nyaring tangisannya, kini berada dalam keadaan yang amat sihat, bersama ibunya yang juga dalam keadaan sihat walafiat.”

Wan Emir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa buat Mira Filzah dan keluarga kecilnya itu.

“Kami mahu mengucapkan banyak-banyak terima kasih buat semua yang medoakan serta harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini. Semoga segala kebaikan buat kalian semua juga.”

“Semoga Allah akan rahmati serta memberi petunjuk buat kami di atas perjalanan yang dipinjamkan ini. Amin.”

Pasangan ini telah disatukan sebagai suami isteri pada September 2022. Untuk info, suami Mira Filzah iaitu Wan Emir merupakan anak kepada hli parlimen yang juga Menteri di Jabatan Menteri iaitu Datuk Mastura Yazid.