Terlalu akrab, ada pula kata Abby Abadi masih ada hati pada Norman Hakim

4,649 views

Keakraban antara bekas suami isteri iaitu Norman Hakim dan juga Abby Abadi telah pn diketahui umum. Seringkali Norman Hakim dan isteri iaitu Memey Suhaiza serta Abby Abadi dan suaminya Jai Ezzany dilihat bersama-sama untuk melakukan sesuatu aktiviti.

Ini termasuklah untuk menyambut hari raya. Tahun ini sudah tentu mereka juga bersama-sama menyambut Aidil Fitri bersama.

Namun menerusi satu entry, Abby mengatakan masih lagi ada pihak yang mempersoalkan kemesraan yang ditonjolkan itu.

“Ini sedikit cerita agar tiadalah yang iri ya. Sekarang ni dah tahun 2022 dah. Sila tolong ubah mentality.”

“Setelah kami berbaik, Yang Maha Esa telah beri keizinan untuk kami raikan hari raya bersama, serta hidup dengan aman damai. Tapi ada juga yang cakap jangan nak rapat sangat sebab tidak elok, tidak nampak manis. Ada cakap mengapa mesti nak sambut raya bersama. Masing ada keluarga sendirikan.”

“Ada banyak timbul persoalan. Yang baik pun dicari pula kesalahannya. Kalau berkelahi nanti ada suka ke. Tambah garam dan perasa.”

“Sebelum ini pun, ada artis yang tanya kenapa mesti nk raya dengan bekas, hello, memang tidak nampak ke ada dengan anak-anak sekali dan juga ada pasangan kami tu.”

“Kami pun memang duduk rumah yang berdekatan. Sudah bertahun dah macam ni. Memang pergi mana, plan bersama sebab ada anak. Kami bincang agar dapat bersama, ada isu ke.”

Namun, paling membuat Abby terasa, ada juga pihak mula menabur kata bahawa kononnya dia masih lagi ada hati kepada bekas suaminya itu, Norman Hakim.

“Lebih tragis ada pula yang cakap yang saya ni masih nak pada Norman. Dah 14 tahun kisah ni berlalu, sudahlah tu. Marilah bersihkan hati.”

“Doakan yang baik supaya semuanya dapat keredhaan dari Illahi, sampai ke syurga.”

Apapun, semoga berbahagia keluarga Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi dan juga Jai Ezzany bersama anak-anak.