“Bersalin bulan depan” Izara Aishah sarat hamil anak kedua

2,655 views

Pelakon kelahiran johor, Izara Aishah atau naam sebenarnya Nik Izara Aishah binti Nik Izazurin akhirnya telah mengesahkan bahawa dirinya kini sedang sarat hamil 8 bulan. 

Isteri kepada Adib yang juga menantu Dato K ini mengesahkan hal ini menerusi satu posting di laman media sosial miliknya semalam. 

Ini merupakan anak kedua buat Izara dan juga Adib. 

Usi kandungan dah pun masuk ke fasa trimester ketiga, dan Izara Aishah dijangka bersalin pada bulan depan, bulan Oktober 2023. 

Sini saya mahu beritahu pada kamu, due date bersalin saya pada bulan depan.” Tulis Izara Aishah secara ringkas. 

Izara juga telah muatnaik foto terkini yang jelas kelihatan baby bump. 

Dari foto berkenaan, pelakon berumur 30 tahun ini telah hadir ke satu event kereta bersama suaminya dan juga ahli keluarga lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza.  

Diruangan komen, rata-rata peminatnya mengucapkan ucapan tahniah kepada Izara di atas berita ini dan ramai yang mendoakan agar semua urusannya akan dipermudahkan. 

“Congratulations dear Izara. Syukur alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan.” 

“Memang betul rupanya Izara sedang hamil. Sebab sebelum ini pun dah ada gambar yang nampak macam pregnant.” 

“Lawanya Izara Aishah, tahniah. Beautiful and classy.”  

“Semoga sentiasa sihat selalu sampai hari bersalin ye Izara.” 

“Bagusnya Izara ni, tak ada pun nak kecoh sedang mengandung. Tahu-tahu dia dah nak bersalin dah bulan depan.”  

Tahniah kepada Izara Aishah dan juag suami Adib kerana bakal menimang cahaya mata kedua bulan depan. Semoga dipermudahkan segala urusan buat kalian berdua. 

Izara Aishah dan Adib berkahwin pada tahun 2017 dan pada tahun 20202, mereka telah pun dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Irisa Alaia.