Ramai kecewa Zul Ariffin melawat kota Al Ula yang dilarang Rasullullah, ini kisah Al Ula

5,608 views

Pelakon terkenal Zul Ariffin baru-baru ini dikatakan ada melawat satu tempat peranginan di Arab Saudi iaitu kota Al Ula. 

Dikatakan Zul Ariffin bercuti di tempat tersebut pada bulan Ogos yang lalu. 

Ada video menunjukkan Zul Ariffin tersenyum sambil menaiki kereta melawat kota AL Ula. 

Melihat Zul Ariffin melawat kota Al Ula ramai yang mula meluahkan rasa kurang senang.  

Ini adalah kerana untuk pengetahuan kota Al Ula merupakan antara tempat larangan untuk pergi melawat. 

Larangan ini dibuat sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. 

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menulis komen tak bersetuju dengan tindakan Zul Ariffin itu. 

“Semakin dilarang pergi ke Kota Al Ula, semakin ramai pula yang pergi.” 

“Mengapa dalam banyak tempat awak dah pilih Al Ula sebagai tempat untuk bercuti.” 

“Ni kota larangan wahai abang Zul, dari Nabi sendiri yang melarang.” 

“Kora larangan ni memang cantik, tapi tu lah tempat yang dilarang tu yang nak diperginya.” 

Itu merupakan antara luahan hati dari warga maya yang jelas kecewa melihat Zul Ariffin melawat kota Al Ula. 

KENAPA KOTA AL ULA MENJADI KOTA LARANGAN 

Kota Al Ula ini antara tempat yang dilarang oleh baginda, Nabi Muhammad untuk melawat. 

Al Ula yang terletak 300km dari Madinah dan 1000km dari Riyadh. 

Masyarakat tempatan menggelar tempat ini sebagai Madain Salleh. 

Kota ini dulunya telah diturunkan azab oleh Allah ke atas kaum Nabi Salleh.  

Ianya berkisah kaum Thamud yang ingkar dan enggan beriman kepada Allah, serta tak akui kenabian Nabi Salleh. 

Oleh kerana kesongan dan keangkuhan kaum ini, Allah memberi azab dan berlakunya panahan petir dan juga gempa. 

Kisah ini dijelas di dalam surah Al Araf ayat 73 sehingga ayat 77. 

Kota ini juga didiami oleh kaum Nabatean, yang menyembah dewa dewi. 

Nabi Muhammad SAW sebolehnya tidak melalui kota AL Ula ini dan jika melaluinya, Baginda tak akan singgah, serta akan berlalu dengan pantas dan tanpa menoleh kiri dan kanan. 

Ada juga mengatakan sesiapa yang pergi ke sini haruslah menangis untuk bertaubat dan ambil ikhtibar, mengimbas kembali azab yang diturunkan oleh Allah di situ, dan bukannya bersuka ria, bercuti atau berhibur.  

Dari segi sains pula, dikatakan akibat dari keazaban yang diturunkan oleh Allah di tempat ini, telah terjadi kenipisan ozon. 

Saintis mengatakan tempat ini tak sesuai untuk didiami kerana boleh terkena penyakit seperti penyakit kulit dan juga cancer. 

Namun begitu, di akhir zaman ini, akhirnya pihak kerajaan Arab Saudi sendiri yang membuka kota Al Ula ini sebagai tempat pelancongan.