“Biar saya pergi dulu..” Ramai sedih part Elyana tulis ayat ni

4,172 views

Pada tarikh 20 Jun, sambutan hari bapa telah diraikan orang ramai. Kalau tengok kat Facebook, Instagram, emamng ramai yang post dengan ucapan hari bapa.

Namun begitu, ada satu ucapan hari bapa yang amat terkesan dibuat oleh seorang selebriti ini.

Selebriti yang dimaksudkan ialah penyanyi Elyana, yang kini sedang menempuhi penyakiy barah limfoma tahap ke empat.

Ketika ini, Elyana sedang berada di hospital untuk rawatan radioterapi, namun masa yang terluang, ELyana sempat menulis nukilan hatinya buat suami tercinta iaitu Khairul Anuar.

Sentiasa berada disisi dan menjaga keluarganya, Elyana menggambarkan suaminya itu sebagai seorang superhero.

Selamat hari ayah kepada Khairul Anuar Hussin. Bonda, Cinta and Cahaya amat menyayangi ayah. Jika ayah tak ada, kitorang akan rasa tak best. Apapun, mesti nak kena ada ayah. Kerana ayah ni merupakan our superhero. Semua pun ayah memang boleh buat, tapi terkecuali bab nak pasang kabinet, katil, dan apa saja yang berkaitan ada skru tu memang ayah tak berapa nak pandai. Nasib baik bonda power part tu.

Kerana itulah bonda selalu saja berdoa agar biar bonda pergi dulu sebelum ayah. Sebab tak boleh hidup, dan akan rasa tak best kalau tak ada awak.

Ayat terakhir berkaitan mahu pergi dulu sebelum suaminya ternyata membuatkan ramai follower dan netizen terkesan. Ramai yang sayu bca part berkenaan. Ini antara komen netizen.

Komen dari Balqis Arafiah: “Tetapi dia dan anak-anak pun perlukan Elyana untuk hidup saling melengkapi. Dia ada kekurangan yang Elyana boleh melengkapinya. Jangan putus asa, kami sentiasa doa.

Nur Shafeeza pul menulis komen: “Sedih apabila baca ayat last dari Elyana. Be strong, umur kita sebaya lahir tahun 1987. Dari dulu memang minat ELyana nyanyi, paling ingat tak pakai kasut.

Semoga Elyana terus kuat dan akan jalani rawatan dengan jayanya.