“Bila tiba giliran saya kenapa nak kena usik?” – Siti Nurhaliza

14,065 views

Penyanyi bersuara lunak iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai aura yang tak ada dimiliki selebriti lain.

Namun begitu, walaupun nama cukup gah dalam industry seni, masih lagi ada segelintir pihak yang suka mempertikaikan Siti Nurhaliza.

Malah hal ini turut terjadi baru-baru ini dan ini membuatkan penyanyi ini berasa amat hairan sekali.

Sudah tentu ramai yang ingat, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah muncul di billboard New York Times Square, New York, Amerika Syarikat tak lama dulu.

Rupa hal ini turut jadi isu kerana ada pihak yang telah mempertikaikan kemunculannya di papan billboard itu.

Membalas pertikaian sesetengah pihak, Siti Nurhaliza berkata sebelum ini pun dah banyak artis lain yang terlebih dulu muncul, kenapa bila gilirannya muncul ada pihak yang nak pertikaikan pula.

“Ramai saja artis sebelum ini yang telah pun keluar di papan iklan billboard itu. Namun apabila giliran saya saja, kenapa ada yang nak usik pula?”

Siti Nurhaliza menambah, jika pihak yang terus nak mempertikaikan, lebih baik mereka mendapatkan penjelasan daripada mereka yang terlibat iaitu Spotify sendiri.

“Kalau boleh silalah minta penjelasan daripada pihak berkaitan, kemudian barulah mereka ni boleh beri komen. Kadang-kadang jika ada tersalah komen itu yang jadi tidak syok.”

Hal ini sebenarnya menjadi topic di laman media dan penguna Twitter yang mana pihak yang mempertikaikan kemunculan Siti dan peminat Siti sampai bertelagah.

Namun bagi Siti, dia tak mahu membesarkan hal berkenaan.

“Saya tak nak jadi budak-budak. Apa yang ditulis di Twitter itu bukannya mewakili diri saya pun. Kadangkala ianya pun bukan dari peminat saya. sepatutnya muzik ini dapatlah menyatukan kita semua, muzik ini universal dan istimewa.”

“Cubalah bayangkan bila saya ke oversea, mereka tak faham bahasa saya, namun mereka boleh hargainya.”

Itulah komen dari Siti kepada portal Kosmo. Selain Siti Nurhaliza, untuk kempen Equal oleh Spotify, artis lain yang turut terpampang wajahnya ialah Yuna, Dolla dan juga Iman Troye.