“Saya ingin jelaskan kekecohan tentang isteri saya”

5,274 views

Penyanyi dan composer lagu terkenal tanah air iaitu Haqiem Rusli, seringkali menjadi buah bicara kepada para peminat apabila ramai yang melihat isterinya sudah hamil.

Semuanya kerana gambar Anis Sofea yang dilihat sudah mempunyai baby bump.

Haqiem Rusli yang kini berumur 24 tahun, sehingga kini belum lagi pernah menyatakan dirinya dan isteri iaitu Anis Sofea bakal menjadi ibu bapa.

Akhirnya kini secara rasminya, Haqiem Rusli sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu ii agar tidak ada lagi pihak yang akan keliru.

Haqiem Rusli berkata, buat masa sekarang ini Anis Sofea memang masih lagi belum berbadan dua.

Jelas Haqiem lagi, jika Anis sudah berbadan dua, dia akan memberitahu hal berkenaan kepada umum.

“Saya mahu memberi penjelasan tentang kekecohan konon isteri saya ni sedang mengandung. Buat masa sekarang, tidak ada lagi. Nah inilah penjelasan yang keluar dari mulut saya sendiri.”

“Namun begitu, kami tak akan menolak sekiranga kamu diberi rezeki. Kalau rezeki dah tiba, kami akan umum hal yang baik itu secepat mungkin kepada semua.”

Itulah kenyataan rasmi dari Haqiem Rusli sendiri bahawa Anis Sofea memang belum lagi berbadan dua.

Sebelum ini, Anis Sofea ada memberi penjelasan bahawa dia dilihat seakan mempunyai baby bump kerana badannya kini naik Sembilan kilogram.

“Ini sebab lemak. Ini bukannya mengandung. Harap semua akan doakan yang baik-baik agar kami berdua akan dapat bayi. Kalau ada berita yang baik dah tentu saya akan ceritakan nanti.”

“Orang ingat saya sedang hamil sebab ada lemak ni, semua tak sabar nak tengok kami ada junior. Sabarlah ye, kalau ada saya akan bertahu punya.”

Itulah komen serta penjelasan penuh dari Haqiem Rusli dan juga Anis Sofea.