Datuk Nora Ariffin bertelagah dengan keluarga madu?

15,075 views

Penyanyi Datuk Nora Ariffin nampaknya kini bertelagah dengan keluarga madunya di laman media sosial. 

Ianya bermula apabila Nora memuatnaik komen mengatakan dirinya dipanggil dengan gelaran yang buruk oleh keluarga madunya itu. 

Penyanyi berumur 52 tahun ini berkata dia akur saja walaupun dipanggil dengan gelaran yang agak kasar seperti itu. 

“Syukur diatas gelaran kasar yang diberikan oleh keluarga Ustaz kepada saya.” 

“Saya dan anak-anak akur saja dan menerimanya dengan hati yang tabah. Ini merupakan satu ujian buat kami.” 

RESPON KELUARGA MADU NORA? 

Tak lama kemudian, seorang individu yang dikatakan anak tiri kepada Nora ada menulis respon balas di atas komen Nora itu. 

Jelas individu bernama Aya itu, keluargnya tak ad pun menggelar atau memanggil Nora seperti itu. 

Malah, jika Nora terus memburukkan keluarganya, Aya juga akan menunjukkan bukti kelakuan buruk Nora. 

“Bila pula kami ada gelar awak macam tu. Kenapa tiba-tiba nak libatkan kami, apa yang kami dah buat.” 

“Jangan nak saya pula mula apa yang awak buat pada kami. Saya ada bukti voice notes dan screenshots.” 

“Saya dah lama tak layan dia ni, tapi nampaknya dia ni tak nak diam.” 

“Memang rempit nak marah dan buka aib di media sosial. Tapi memang dia ni meminta. Mungkin saya patut tunjuk voice note dia memaki kepada pihak media nanti.” 

NORA TERUS PASANG PEGUAM? 

Tak lama kemudian, Nora dilihat muatnaik dirinya sedang bergambar dengan seorang peguam. 

Di ruang caption Nora menulis ayat ini. 

“Jumpa peguam saya hari ini, standby.” 

Menerusi kenyataan di Mstar, Nora ditanya tentang hal peguam itu, dan katanya, dia mahu mendapatkan perlindungan daari orang yang mahu calarkan nama baiknya. 

“Kita ada hak yang kena dihormati dan dengan adanya lwyer, kita dapat lebih faham hak kita serta langkah yang boleh diambil untuk perlindungan.” 

“Niat nak tarnish nama baik dan reputasi seseorang adalah hal yang begitu serius dan perlu dielakkan demi menjaga keharmonian dan rasa hormat sesama kita.” 

“Suami saya pesan untuk tak melayan benda yang ada niat tak baik, atau memburukkan nama saya.” 

Untuk info, Datuk Nora Ariffin berkahwin dengan Rushdi pada hujung tahun 2021 sebagai isteri kedua.