Ramai puji cara isteri Bell Ngasri, Sha Farhana, ini temubualnya

9,405 views

Malam tadi di pentas Anugerah Bintang Popular, telah tercatat sejarah yang mana pelakon Bell Ngasri diangkat sebagai pemenang utama. 

Bell Ngasri, 43 tahun, memenangi dua anugerah iaitu Artis Komedi Paling Popular dan juga anugerah utama, Bintang Paling Popular untuk edisi ke 35 pada tahun ini. 

Sudah 37 tahun menceburi bidang seni, akhirnya Bell Ngasri menerima anugerah yang sewajarnya dimiliki. 

Kali ini, menerusi satu termuramah portal F8 Buzz, isteri Bell iaitu Sha Farhana telah bercerita tentang kejayaan suaminya itu. 

BELL NGASRI TAK ADA KELAB PEMINAT 

Kata Sha Farhana, Bell Ngasri memang tiada sebarang kelab peminat namun kali ini semua satu Malaysia yang undi suaminya itu. 

“Bell Ngasri tak ada kelab peminat pun, ini semua dari peminat yang membesar dengan lakonannya. Dia pun tak pernah sekali terfikir akan jadi macam ni.” 

KENA KERJA MALAM NAK KAHWIN, CINCIN HILANG 

Teringat kembali satu kisah yang mana Bell Ngasri tetap bekerja, ketika di majlis perkahwinan mereka. 

Namun ada satu insiden yang mana cincin perkahwinan mereka hilang pula. 

“Ada satu cerita di malam berinai, Bell kena berlakon. Mak dia sampai call pihak production untuk buat hari lain, tetapi masa tu tak boleh sebab akan ganggu jadual orang lain.” 

“Saya cakap kat Bell, tak pe lah ni malam berinai je, jadi kita lepaskanlah, malam berinai Bell pergi kerja.” 

“Namun malam tu plak, cincin kahwin hilang, memang geram betul.” 

“Masa tu, dia tukar baju, akhirnya tercicir pula.” 

DEDIKASI KERJA, MEMANG NAK KERJA 

Sebagai isteri, Sha Farhana akui masa Bell Ngasri dengan keluarga agak terhad, kerana suaminya itu seorang yang amat berdedikasi untuk berkerja. 

“Dalam sebulan, masa untuk family tu memang terhad. Anak-anak pun dah tahu, balik sekolah je tahu ayah tak ada pergi kerja.” 

“Bell ni dari kecil dah berkerja, jadi dia rasa itu satu komitment, jadi dia tak boleh sehari tak kerja.” 

“Saya pun ada cakap slow lah sikit, saya cakap kita ni dah berumur, kena ingatlah juga. Dia dah lah tidur tak cukup kerja teruk-teruk. Saya selalu ingatkan dia.” 

“Namun apapun, walaupun busy, Bell Ngasri akan cari masa luangkan masa dengan anak-anaknya, pergi jalan-jalan.” 

BELL AWET MUDA 

Ditanya wajah Bell yang kelihata masih muda tatkala umur dah mencecah 43 tahun, isterinya berkata mungkin dari family Bell sendiri. 

“Itu saya tak tahu lah. Memang dari keturunan family dia, adik beradik dia pun nampak muda. Ayah dia pun memang kuat lagi. Sekarang ni anak dia pun lagi tinggi dari dia. 

Untuk video penuh dan banyak lagi cerita dari Sha Farhana, jom layan video temubual ini. 

Dari temubual ini ramai yang memuji isteri Bell Ngasri ini seorang yang bijak berkata-kata dan pandai jawab soalan.

Sha Farhana juga seorang yang cantik dan secocok dengan Bell Ngasri

Tahniah diucapkan kepada Bell Ngasri, semoga dengan kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk terus sukses, dan semoga rezeki terus dilimpahi selepas ini.