Tok Ram ingat Ning Baizura yang akan terkeluar

640 views

Juri Gegar Vaganza, Tok Ram akui, sebenarnya, semasa Ning Baizura menyanyi, dia memang ingat penyanyi berkenaan yang akan tersingkir pada minggu ke empat. 

Ini kerana, markah Ning Baizura ketika itu amat rendah. 

Namun begitu, bila tiba giliran Inka Christie, pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh penyanyi Indonesia berkenaan, menyebabkan Ning terselamat. 

Ini komen dari Tok Ram selepas tamat konsert minggu ke empat. 

“Ketika Ning menyanyi, memang markah dia paling rendah, saya ingat dia yang akan terkeluar.” 

“Selepas giliran Inka buat persembahan, markah Inka pula yang paling rendah. Lagi teruk dari Ning, lagi banyak masalah.” 

Inka satu-satunya peserta yang mendapat markah kurang dari 60 peratus pada malam itu. 

Lihat senarai markah para peserta untuk minggu ke empat DI SINI

Kata Tok Ram lagi, lagu Sinaran nyanyian Inka itu memang tak sesuai untuknya. 

“Inka tak boleh bawa lagu tu, ia tak fit untuk dia.” 

“Jika berdasarkan atas kerta, rule music technical, apabila dia menyanyi lagu pop pun tak stabil, inikan pula lagu jazz.” 

“Bila dia nyanyi lagu jazz tu, ibarat macam keluar rumah tak balik-balik.” 

“Kalau dia balik pun, kena ikut jalan yang jauh, atau dah sesat.” 

Tambah Tok Ram, lagu Dato Sheila Majid bergenre jazz memang sukar dinyanyikan oleh penyanyi lain. 

“Muzik tersebut, mempunyai hieraki yang tinggi. Ia hanya untuk pendengar eksklusif.” 

“Lagu Sheila Majid memang susah nak nyanyi.” 

Itulah penjelasan dari Tok Ram tentang punca Inka tersingkir apda malam itu. 

Selain lagu Sheila Majid, Tok Ram juga pernah berkata, lagu Dato M Nasir juga patut dielakkan kerana ianya sukar untuk dibawa oleh penyanyi lain. 

Untuk info, Inka merupakan peserta kedua yang tersingkir selepas Ni Dinamik menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu ketiga.