Biodata suami Mizz Nina, kenali Essam Muhammad

9,802 views

Penyanyi yang kini merupakan usahawan dan juga aktivis iaitu Mizz Nina membuat satu pengumuman bahawa dirinya kini selamat bergelar isteri. 

Mizz Nina telah bernikah dengan seorang jejaka bernama Essam Muhammad

Penyanyi berumur 42 ini membuat pengumuman sudah bernikah dengan Essam melalui satu hantaran di laman Instagram miliknya pada malam Khamis, 15 Jun 2023. 

Memang ramai juga yang terkejut dengan pengumuman ini memandangkan tiada sebarang cerita tentang kisah antara Mizz Nina dan juga Essam Muhammad

Ramai yang tertanya siapakah Essam Muhammad ini. Menerusi hasil carian, ini sedikit sebanyak info tentang Essam Muhammad. 

Essam Muhammad merupakan seorang jejaka yang memegang warganegara USA atau Ameriak Syarikat, namun berasal dari negara Maghribi atau Morocco. 

Kini Essam Muhammad menetap di negeri Seattle, Amerika Syarikat.   

Tentang kerjayanya, Essam merupakan seorang penyanyi rap, penulis lirik dan komposer. Essam telah melancarkan naskahnya berjudul West is My Home pada tahun 2016.  

Setelah mencerburi bidang seni, Essammenerima banyak undangan menyanyi di serata dunia termasuklah di Africa, Englang, Switzerland termasuklah di negara Malaysia. 

Lagu serta persembahan Essam Muhammad lebih ke arah keagamaan dan berdakwah. Malahan suami Mizz Nina ini juga amat aktif di komuniti Islamic di Seattle. 

Dilahirkan sebagai seorang Muslim, Essam berkata agam merupakan tujuan utama dalam hidupnya dan memilih berdakwah melalui lagu-lagunya. 

Yang terbaru, Essam Muhammad telah pun mula berjinak dalam bidang lakonan dan telah tampil dalam filem berjudul Purple Don7t Cry yang sedang ditayangkan. 

Itulah sedikit sebanyak info serta biodata tentang suami Mizz Nina, Essam Muhammad. 

Mizz Nina berkata, dia dan suami akan membuat satu majlis persandingan di Kuala Lumpur dalam masa terdekat namun ianya akan dibuat secara tertutup saja. 

Tahniah diucapkan kepada Mizz Nina dan juga Essam Muhammad.