“Isteri saya menangis selepas Puteri Sarah call” Ini komen Datuk Yusof Haslam

2,464 views

Datuk Yusof Haslam syukur dan berasa lega setelah kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya berakhir. 

Pengarah filem Sembilu ini tidak mahu bercakap lebih tentang perpisahan anaknya itu namun sempat berpesan agar Syamsul akan laksanakan tanggungjawabnya dengan baik. 

Kata Yusof Haslam, dia mahu Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah untuk mencari kebahagiaan masing-masing. 

“Apa yang dah terjadi saya tak boleh nak komen apa lagi, cumanya saya amat lega sebab mereka berpisah dengan cara baik demi anak-anak.” 

“Namun, saya berharap anak saya, Syamsul akan bertanggungjawab kepada anak-anaknya dan tak ada rasa dendam.” 

“Saya juga mengharapkan mereka dapat bersihkan hati serta jiwa untuk melayari kehidupan masing-masing selepas ini.” 

“Hidup ni kena diteruskan, jangan lagi toleh ke belakang. Sebaliknya, carilah kebahagiaan masing-masing.” 

Sungguhpun bukan lagi isteri kepada Syamsul Yusof, Yusof Haslam dan isterinay Datin Patimah sentiasa menganggap Puteri Sarah sebagai menantu mereka. 

“Puteri Sarah ni tetap kami akan anggap macam menantu, malah hubungan dengan bekas besan kami juga tak akan terputus. Sebabnya, cucu kami merupakan anak kepada Syamsul dan Puteri Sarah.” 

“Kalaulah ditakdirkan mereka berdua bersatu semula, itu terserah. Hanya Allah saja yang menentukannya.” 

Yusof Haslam memberitahu, dia pun hanya mengetahui Syamsul dan Puteri Sarah dah sah bercerai di sebelah petang, kerana semalam dia memang agak busy dengan pelbagai urusan kerja. 

Ditanya tentang perasaan isterinya, Datin Patimah tentang berita penceraian Syamsul dan Puteri Sarah, Yusof Haslam akui, isterinya amat sedih sehingga menangis.  

“Sebagai seorang ibu, sudah pastinya isteri saya telah menitiskan air apabila Puteri Sarah menghubunginya.” 

“Tetapi, isteri dah reda, dia pun ada minta saya reda walaupun pedih hingga ke jantung hati. Kami berdua tetap doakan kebahagiaan buat Syamsul dan Puteri Sarah.” 

Dalam pada itu, Datuk Yusof Haslam tidak mahu mengulas tentang pertanyaaan melibatkan isteri Syamsul Yusof, iaitu Ira Kazar, dan sama ada dia dan isteri akan bertemu Ira selepas ini.