MK K-Clique selamat bernikah dengan Siti Hajaar

1,847 views

Penyanyi terkenal dari kumpulan K-Clique, iaitu Mk K-Clique kini telah pun selamat bernikah dengan pilihan hatinya bernama Siti Hajaar Syeikh Nordin

Mk K-Clique atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26 tahun selamat disatukan sebagai suami kepada Siti Hajaar dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Jami’il Huda di Kampung Melayu Ampang. 

Ketibaan Mk di masjid sekitar jam 8 lebih dan kemudian diiringi beberapa dulang boys mengenakan pakaian berwarna coklat, yang membawa dulang hantaran.

MK K-Clique kemudian selamat diijabkabulkan dengan Siti Hajaar, dengan sekali lafaz sekitar jam 9 setengah pagi. Mas Kahwinnya ialah sebanyak RM302 tunai.

Penyanyi berasal dari Tawau Sabah ini mengenakan baju berwarna putih bersongkok, sedondon dengan pasangannya Siti Hajaar. 

Majlis pernikahan dihadiri ahli keluarga dan juga sabahat handai.  Antara yang dilihat turut hadir ialah beberapa ahli kumpulan K-Clique.

Noki juga ada menulis mengucapkan tahniah kepada Mk dan juga Siti Hajaar. “Tahniah Hairee dan pasangannya“.

Turut kelihatan ialah beberapa rakan artis yang lain seperti Zizi Kirana dan suaminya, Yusof Bahrin.

Kisah antara Mk K-Clique dan Siti Hajaar sudah lama bertebaran di media sosial namun Mk K-Clique jarang bercerita tentangnya. 

Namun ada satu acara yang mana memperlihatkan Mk K-Clique berpegangan tangan dengan Siti Hajaar sekaligus mengesahkan hubungan mereka. 

Pada bulan Mei yang lalu, Mk juga dilihat telah menghadiri kursus kahwin di Petaling Jaya dan sempat ked depan untuk berlatih akad nikah bersama seorang ustaz.

Untuk info, Mk K-Clique yang lebih dikenali dengan nama Mamat atau Hairee di kampungnya, mula naik namanya sebagai selebriti bersama kumpulan K-Clique yang turut dianggotai Noki, Fareed, Somean, K Deaf, Gnello, Nasty Nas dan juga bekas ahli kumpulan iaitu Tuju. 

Selain menyanyi, Mk K-Clique juga aktif dalam bidang lakonan seperti drama The Hotel dan juga filem Bunga Dan Kayu. 

Tahniah diucapkan kepada Mk K-Clique dan isterinya Siti Hajaar Syeikh Nordin