Jangan buat-buat lupa hutang, Hidayah ingatkan Ali Puteh, turut cerita tentang sumbangan TMJ

2,330 views

Kisah antara balu kepada arwah Abam Bocey iaitu Hidayah dan juga adik Abam iaitu Ali Puteh kembali jadi bualan orang ramai. 

Ini bermula setelah Hidayah memuatnaik satu paparan yang mengatakan perniagaan Ali Puteh kini semakin maju. 

Ali Puteh berniaga menjual sambal keluarannya dan nampaknya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 

Kerana itu, Hidayah telah pun mengingatkan kepada Ali Puteh bahawa pelawak berkenaan kini masih lagi berhutang dengannya. 

Hutang yang dimaksudkan ialah pembayaran saman dari Ali Puteh kepada Hidayah, setelah Hidayah menang saman pada tahun lalu. 

Jelas Hidayah, jumlah saman berkenaan sejak tahun 2022 itu masih lagi belum dilunaskan dan jumlahnya lebih tujuh puluh ribu lebih. 

Ini pendedahan dari Hidayah. 

“Bagus lah tetapi pembayaran saya yang telah menang saman pada 18 Februari tahun 2022 sampai sekarang masih belum dibayar.” 

“Jangan nak buat-buat lupa yang awak masih lagi berhutang ye, jangan berdiam diri saja. Jumlahnya lebih kurang RM 76ribu sampai sekarang ni.” 

Sementara itu, Hidayah turut memberitahu bahawa kakak Ali Puteh juga ada berhutang dengannya. 

“Kakak awak pula masih lagi berhutang sebanyak RM2ribu sehinggalah sekarang.” 

“Sekarang ni viral orang berhutangkan, jadi hutang tu wajiblah kena bayar.” 

Dalam pada itu, menerusi beberapa komen Hidayah berkata dia kini tak boleh lagi diperlekehkan. 

“Sekarang tak boleh dah nak dipijak-pijak.” katanya. 

Sementara itu, satu lagi pendedahan dari Hidayah ialah berkenaan derma atau sumbangan dari Tunku Mahkota Johor atau TMJ, yang tidak diterimanya. 

“Bukan setakat ni saja, sumbangan dari TMJ atas nama Hamzah pun telah dirampas dan saya tak ada terima.” 

Ini komen penuh dari Hidayah.

Itulah pendedahan dari Hidayah tentang perkembangan terkini pembayaran saman dari Ali Puteh kepadanya. 

Sehingga kini pembayaran tersebut masih lagi belum dilangsaikan.