Kerana komennya membuatkan penyanyi Sissy Iman menitiskan air mata di atas pentas, ada penonton yang terus mencabar juri, Mas Idayu untuk beraksi di atas pentas pertandingan.
Ramai yang mahu melihat Mas Idayu membuktikan kebolehannya dalam rancangan Gegar Vaganza.
Mas Idayu tahu ramai yang mahu dirinya masuk ke pertandingan itu, namun penyanyi berumur 51 tahun ini mengatakan ianya tak sesuai.
Jelasnya, dirinya kini lebih sinonim sebagai juri bukannya sebagai peserta.
“Bukannya saya takut, tetapi itu bukanlah tahap saya, minta maaf.”
“Pertandingan ni bukannya tempat saya dah, sekarang tahap saya ialah di kerusi juri, menjuri. Saya memang amat aktif sebagai juri.”
“Sudah selama 38 tahun saya berkecimpung dalam industri ini, dan dah 16 tahun saya jadi juri.”
Mas Idayu berkata, tak semestinya yang menjadi juri itu boleh menyanyi. Yang penting ialah pengalamannya.
“Seorang penyanyi mahu pun guru vokal belum tentu boleh untuk beri komen, dan jangan kerana tak puas hati dengan komen suruh saya masuk pertandingan pula.”
“Yang duduk di kerusi juri ni tak semestinya dia pun boleh menyanyi, pengalaman dia yang orang kena ambil.”
Bagi pendapat Mas Idayu, orang lama tak perlu dah nak masuk sebarang pertandingan lagi, apatah lagi sudah ada menempa nama.
“Mereka yang dah tahap legend ni tak perlu suruh masuk pertandingan. Mereka dah ada nama, jangan nak menjatuhkan maruah mereka untuk masuk pertandingan.”
“Nak masuk pertandingan ni adalah untuk mereka yang rasa diri mereka layak saja.”
Sementara itu, Mas Idayu meminta semua peserta pertandingan Family Duo untuk terus bertahan sehinggalah rancangan berkenaan tamat.
“Saya mengharapkan para peserta Famili Duo akan terus bertahan sampai habis program ini. Kalau selepas ini dia orang tak suka pada saya pun, itu terpulanglah.”
“Yang bagi markah saya dan juga Ajai, bukannya penonton atau orang luar yang banyak berkokok tu. Apa orang kata pada saya ni harapnya akan membuatkan Sissy Iman dan Naim Daniel lebih bersemangat kerana ternyata ramai yang sokong mereka berdua.”
Itulah kenyataan dari Mas idayu tentang permintaan orang ramai mahu dia naik ke pentas Gegar Vaganza yang sebelum ini pernah disertai ramai legend seperti Noraniza Idris, Datuk Nora, Mus May, Amalina dan ramai lagi.