“Saya langsung tak tahu kewujudan isteri pertama” Janna Nick

3,240 views

Janna Nick secara tiba-tiba naik namanya apabila isu pertelingkahan Fyna Jebat dan madunya Datin Zalina di sebuah kedai makan. 

Dari laporan, Datin Zalina telah tersinggung dengan kenyataan dari Fyna di racangan Family Duo yang dikendalikan oleh Janna Nick. 

Semua gara-gara komen dan pertanyaan dari Janna Nick kepada Fyna setelah selesai buat persembahan. 

Ini video pertanyaan dari Janna Nick kepada Fyna Jebat. 

Melihat ramai yang mula nak kaitkan dirinya sebagai punca perbalahan antara dua isteri Datuk Zainal Abidin Hassan itu, Janna Nick akhirnya tampil memberi penjelasan. 

Kata Janna Nick, secara jujur, dia tak tahu menahu bahawa Fyna Jebat itu merupakan isteri kedua kepada jurulatih bola sepak terkenal itu. 

“Saya ni jarang nak jadi seorang yang defensive. Sebelum ini kalau orang nak mengata, saya ok.” 

“Tetapi bila ada pelakon veteran dalam industri yang menuduh kononnya saya sengaja nak sakitkan hati first wife kepada si polan. Saya jadi marahlah.”  

“Ada pula pihak media jadikan ini sebagai tajuk utama mengatakan saya punca perbalahan di antara isteri pertama dan isteri kedua.” 

“Padahal saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama dan adanya isu rumahtangga yang dilalui mereka.”  

Kata Janna Nick lagi, rancnagan ini merupakan hiburan keluarga jadi tak salah untuk bertanya tentang keluarga peserta apatah lagi kalau keluarga mereka turut dikenali ramai. 

Apapun, Janna tak mahu lagi namanya terpalit dengan isu itu. 

“Ini merupakan kenyataan saya yang last. Harap semua pihak, medua jangan libatkan saya lagi dalam hal rumah tangga mereka.”  

Dikesempatan itu, Janna Nick juga sempat meminta maaf kepada isteri pertama Zainal Abidin Hassan jika terguris hati. 

“Saya mahu memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama tersebut jika gurauan itu telah pun menyakitkan hati.” 

Itulah kenyataan dari Janna Nick tentang isu melibatkan perbalahan antara isteri pertama Datin Zalina dan juga Fyna Jebat, isteri kedua kepada Datuk Zainal Abidin Hassan.