Penyanyi yang sering diulit isu iaitu Caprice, 33 tahun mengejutkan ramai petang ini apabila dikatakan telah menamatkan zaman bujangnya.
Dari beberapa laporan media, Caprice telah bernikah dengan wanita pilihan hatinya bernama Farra Inalis yang berumur 26 tahun.
Kisah ini mula bertebaran di media setelah sekeping foto menunjukkan Caprice sedang menyarung cincin di tangan wanita berkenaan.
Gambar berkenaan dimuatnaik oleh Yasser Khan yang kemudian di upload semula oleh penyanyi terkenal dari kumpulan DeFam iaitu Azira.
Sebelum ini Caprice tak pernah mengumumkan dia sedang kenali hati budi sesiapa. Jadi perkahwinan ini agak mengejutkan.
Dari carian awal, Farra Inalis merupakan seorang ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan dan berasal dari Kelantan.
Untuk mendapatkan butiran lanjut, pembantu Caprice bernama Aiman ada memberi komen setelah ditanya pihak media. Ini komennya.
“Saya tak boleh nak sahkan sama ada betul atau tidak. Namun begitu jika orang dah upload foto Caprice tu sedang sarung cincin di jari wanita, maksudnya, memang betullah dia dah kahwin.”
“Apa yang saya tahu ialah, Caprice dan wanita berkenaan dah lama kenal, mereka berkenalan sejak 10 tahun lepas lagi.”
“Sebenarnya saya pun tak dimaklumkan tentang isu ini sama ada dia dah nikah atau tak oleh Caprice sebab saya ada di Langkawi. Saya dapat tahu dia berkahwin sekitar pukul 5 petang tadi.”
“Wanita berkenaan memang baik orangnya dan dia berasal dari Kelantan. Apa-apa maklumat lanjut, akan datang dari muluat Caprice sendiri kelak.”
Itulah komen dari pembantu Caprice tentang kisah pernikahan penyanyi ini yang membuat ramai terkejut.
Dalam satu update di laman IG miliknya, penyanyi ini mengatakan ada sebab mengapa dia hilang dari radar selama beberapa minggu ini. Namun Caprice berkata dia bukannya kahwin secara senyap-senyap.
“Maafkan saya, sebab hilang lebih kurang 40 hari ini. Banyak yang saya lalui. Nanti saya akan cerita apa yang berlaku. Sila ikuti saya di IG Signbycap. Semua post saya akan buat di situ nanti sebab saya tak boleh guna IG capriceofficial.”
“Saya kena buat post ini public sebab banyak media dan wartawan yang try contact saya sebab ingatkan saya kahwin secara senyap-senyap.”
“Maaflah sebab dah susahkan semua, nanti saya akan cerita segalanya di Signbycap.” Itulah komen dari Caprice.
Caprice mengesahkan dirinya memang dah berkahwin dan turut mahu mengajar anak tirinya bahasa Inggeris dan juga bahasa Perancis.
“Saya akan ajar dia English dan juga French.” Tulis Caprice sambil muatnaik foto bersama anak tirinya.
Tahniah kepada Caprice dan juga pasangan Farra Inalis.