7 FOTO: Inilah gadis 19 tahun, bakal isteri Haqiem Rusli

4,169 views

Penyanyi dan composer terkenal Haqiem Rusli telah membuat satu pengumuman ketika di ABPBH baru-baru ini.

Haqiem Rusli berkata dia memilih seorang gadis yang baru berumur 19 tahun sebagai isterinya dan mereka akan bernikah pada tarikh 19 November 2021, iaitu hari Jumaat ini.

Ramai yang nak tahu siapakah gerangan gadis yang berjaya menambat hati Haqiem Rusli ini.

Ajhirnya persoalan ini terjawab apabila ada beberapa media melaporkan gadis yang bakal menjadi isteri kepada Haqiem Rusli bernama Anis Sofea, sedap namanya.

Anis Sofea atau nama penuhnya Wan Anis Sofea Binti Wan Zamzuri berumur 19 tahun dan lahir di Kelantan.

Walaupun berasal dari Kelantan, Anis bersekolah menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju.

Ini beberapa foto Anis Sofea.

Anis Sofea dikatakan berkenalan dengan Haqiem Rusli bermula untuk berniaga. Mereka berdua ada bekerjasama untuk membukan kedai makan iaitu Santhai Village.

Gadis juga merupakan seorang yang terkenal kerana mempunyai follower seramai 40 ribu di laman media sosial Instagram.

Kedua mereka berkawan selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga pada hujung minggu ini.

Antara persediaan, Anis juga telah berhijab dan memadam semua fotonya yang tidak bertudung sebelum ini.

Begitu ramai yang memuji kecantikkan bakal isteri Haqiem Rusli ini, malah ada yang menyatakan wajahnya seakan dan mirip pelakon Hanis Zalikha atau Eyra Hazali.

Selain itu, Haqiem Rusli berkata dia juga sudah membuat satu lagu khas untuk Anis Sofea yang diberi judul hitam saksi putih.

Pasangan ini akan disatukan pada 19 November dan mereka akan memakai pakaian pengantin dari pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.

Kita tunggu hari bahagia Haqiem Rusli dan Anis Sofea pada Jumaat ini, semoga segala urusan akan dipermudahkan.