Caprice Dikatakan Hinaa Rakyat Kelantan, Report Polis Dibuat

2,472 views

Akibat perbuatan yang dilabel seperti menghiina rakyat Kelantan, artis yang merupakan penyanyi dan dikenali dengan nama Caprice telah jadi viral. Ini apabila ada pihak buat report polis iaitu satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana dakwaan penyanyi itu dah hina orang-orang kelahiran Kelantan.

Persatuan Anak Kelantan telah buat repot isu menghina anak jati Kelantan terhadap Caprice di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Menerusi satu kenyataan, Persatuan Anak Kelantan berkata bahwa mereka marah dengan tindakan Caprice yang buat kenyataan itu kepada masyarakat di negeri ini.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya minggu lepas, Caprice telah  mempersoalkan kehadiran terlalu ramai rakyat Kelantan pada majlis ceramah oleh penceramah terkenal, Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV.

Caprice turut ada sebut bahawa:-

“Zakir Naik melalui ceramahnya menggunakan 100 peratus bahasa Inggeris… kalau anda tak boleh faham bahasa Inggeris asas yang selalu saya gunakan dalam video, bagaimana pula kesemua 20,000 rakyat Kelantan di dalam stadium itu boleh memahami kandungan ceramah itu?

“Saya tahu anda menipu saya. Anda angguk, angguk, angguk, tapi jangan beritahu saya semua anda faham ceramah yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.

“Dan-dan (tiba-tiba) sahaja satu stadium dekat Kelantan boleh faham bahasa Inggeris,”

Di samping itu juga, persatuan itu juga mendakwa bahwa Caprice turut menghina rakyat Kelantan dengan memberi bayangan mereka ada paling banyk rekod jenyah.

Percakapan yang berbaur dan berunsur penghinaan itu telah ditulis oleh Caprice di ruangan komen Instagram @igkelantan yang memuat naik semula video tersebut.

“Salinn video itu dah diupload semula oleh Instagram @igkelantan dan di ruang komen, artis itu tulis komen yang menghina dengan mengatakan Kelantan adalah negeri terbyak ada masalah berkenaan.

“Kenyataan artis itu jelas dah menyinggung perasaan kami sebagai rakyat Kelantan dan perbuatan berkenaan jelas adalah kenyataan egonya selaku artis tempatan.

“Kami pohon pihak polis siasat apa tujuan sebenar dia buat kenyataan itu dan ambil tindakan yg sewajarnya,”

Petang tadi, nampaknya Caprice telah buat kenyataan rasmi tentang hal ini. Caprice telah minta maaf jika rakyat Kelantan terasa.

Ini tulis Caprice:

Salam Kelantan
1) Caprice memohon maaf kepada Kumpulan Anak muda Kelantan dan rakyat kelantan if mereka terasa berkenaan posting itu namun menyifatkan IG kelantan sebagai batu api kerana mengambil video tanpa caption di post. 

2) Caprice setuju yang kenyataan Zakir Naik berkenaan tetamu itu provoke namun Zakir Naik tidak sepatutnya dilayan sedemikian atas ilmu islam yang canggih 

3) Rakyat Malaysia perlu bersatu sama sama dan tidak terlalu fokus akan racial issue 

4) Caprice sedia untuk bekerjasama dgn NGO Anak Muda Kelantan untuk bantu ummah sebab dua2 pihak ade visi yang sama dan kita ade bina platform seperti, IslamPro: servis ke rumah, Mengaji.com dan Umrahloka. Lagi baik kita membesarkan case ni dan kejasama sebab dari awal tahun caprice sendiri pernah try jumpe ahli2 pemimpin Kelantan. Insyallah kalau dapat peluang kita boleh kerjasama.