Dikenali sebagai Ratu Rock Negara, Ella akhirnya memberi pendapat tentang program hiburan Gegar Vaganza, ini komen Ella tentang Gegar Vaganza.
Kata Ella, baginya, program realiti popularini sebenarnya langsung tidak merendahkan martabat artis dan juga peserta yang menyertainya.
Jelasnya, Gegar Vaganza satu platform yang sesuai untuk para peserta menonjolkan kredibiliti dan bakat yang mereka sedia ada.
Ini komen Ella tentang Gegar Vaganza.
“Bagi saya, ianya tak memalukan pun, malahan ia satu program yang sihat. Program ini untuk mencabar diri kita sendiri.”
“Kalau berani dan berminat, mengapa tak.”
Tentang juri tetap yang sudah duduki kerusi ketua juri sejak musim pertama iaitu Datuk Ramli MS atau Tok Ram, bagi Ella maestro muzik itu memang amat berpengalaman.
Langusng tiada pertikaian tentang kredibiliti yang dimiliki oleh Tok Ram dalam bidang muzik.
“Saya memang tak ada masalah dengan Ramli MS. Dia amat okay dan seorang yang menghiburkan dalam ketegasannya.”
“Bagi saya, kalau nak perbaiki format program, tambah baik sahaja dengan lebih baik supaya ia lagi berkualiti.”
Itulah komen Ella tentang rancangan Gegar Vaganza.
Untuk info, Ella sendiri pernah terlibat dalam Gegar Vaganza apabila pernah tampil sebagai juri jemputan dalam satu episod.
KOMEN MAN BAI, DAN PARA JURI
Sebelum ini, penyanyi lama, Man Bai melabel Gegar Vaganza sebagai program yang hanya memalukan para penyanyi.
Man Bai juga telah menolak untuk sertai Gegar Vaganza walaupun telah menerima jemputan.
Dalam pada itu, ramai penyanyi yang membidas kenyataan Man Bai itu termauklah bekas peserta seperti Fazli Yaacob, Farahdhiya dan juga bekas juara Jaclyn Victor.
Dalam satu temubual, Tok Ram sendiri tak mahu ambil tahu kenyataan berkenaan yang baginya bagaikan bunyi satu tong kosong.
Datuk Syafinaz pula berkata, dia sentiasa memberi komen membina kepada para peserta agar mereka dapat memberi persembahan lebih baik, dan setiap komennya hanya bersandarkan persembahan setiap minggu, bukannya melihat kredibiliti mereka sebelum ini.
Di minggu ke enam pula, bunda Hetty Koes Endang ada berkata, pentas Gegar Vaganza ini satu platform yang hebat namun penuh sandiwara, ada yang di atas dan boleh berada di bawah.