Caprice upload video peluk Ustaz Ebit Lew, tak ada tepis tangan

1,627 views

Melalui sesi live yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew, antara kisah yang diceritakan ialah tentang perjumpaan dengan Caprice di hotel tempat penginapannya ketika hari terakhir berada di Egypt.

Ustaz Ebit mengajaknya berjumpa untuk menenagkan Caprice yang dilihat masih belum dapat masuk ke Gaza.

Dari penjelasan Ebit, pendakwah ini mengatakan bagai ada yang tidak kena di hujung-hujung pertemuannya dengan Caprice itu.

Antaranya ada adegan menepis tangan ketika menepuk dada Caprice. Ini sedutan komen dari video live Ebit Lew.

“Saya ada ajak dia makan tiba-tiba dia kata tak nak makan, saya pun hairan. Kemudian dia nak salam saya, dia suruh saya untuk berdoa.”

“Saya bersalam seperti biasa macam sebelum ini. Namun bila berpeluk tu dia macam dah lain sikit dah, macam dia macam ada tolak sikit.”

“Kemudian, saya tepuk dada dia, untuk tenangkan, tiba-tiba dia seperti tepis tangan saya.” Itu antara kata Ebit Lew.

Penyanyi ini nampaknya mengambil pendekatan memuatnaik satu video di Ig story miliknya menunjukkan detik berkenaan. Ini videonya.

~JOM BELI BARANG KESIHATAN DAN KECANTIKKAN (SHOPEE SALE: KLIK SINI)

Dari komen netizen, ada yang mengatakan tidak nampak sebarang tolak menolak berlaku ataupun menepis tangan.

Saya dan tengok video ini berulang kali, saya tak nampak pun Caprice ada menolak atau menepis pelukan seperti yang dikatakan oleh Ustaz Ebit Lew.” Itu yang ditulis oleh individu berkenaan.

Ini pula jawapan dari Caprice: “Kalau benda yang kecil pun boleh tipu, apatah lagi benda yang besar. Insyaallah pihak lawyer saya dah beri arahan agar saya tak perlu nak menjelaskan satu persatu. Saya akan ada masanya di mahkamah kelak, dengan guidance dari Illahi.

~ (IKLAN) JOM BELI BARANG KESIHATAN DAN KECANTIKKAN (SHOPEE SALE: KLIK SINI)

Video berkenaan sebelum ini ada di upload tetapi tidak penuh. Dan kali ini Caprice upload video yang penuh.