Awal Ashaari mengesahkan minggu ini merupakan rakaman terakhirnya dalam rancangan Melodi TV3.
Pengacara berpengalaman ini ada membuat satu kenyataan kepada umum tentang hal berkenaan pada hari Jumaat, setelah rakaman terakhir rancangan berkenaan dibuat secara virtual.
Awal Ashaari telah diberi notis selama dua minggu oleh pihak TV3 dan Media Prima Berhad.
“Semalam merupakan hari terakhir saya bersama rancangan Melodi. Sepanjang adanya perintah kawalan pergerakan, saya dan Janna Nick hanya bersiaran secara virtual dari rumah masing-masing dan petang Jumaat merupakan rakaman saya yang last.”
“Selepas rakaman, saya terdiam dan memang lama saya fikir akhirnya ini pengakhiran saya dalam Melodi. Bukan mahu diraikan, namun saya tak dapat nak beri ucapan perpisahan kepada mereka yang banyak sokong dan berjasa sepanjang saya bersama Melodi.”
Sejujurnya Awal akui dengan perubahan yang berlaku di Media Prima apatah lagi dalam masa yang amat singkat.
“Dua minggu diberi kepada kami untuk habiskan dua episode terakhir sebelum adanya pengacar baru.”
“Memang terkejut kerana sebelum ini jika ada pertukaran kita dah boleh nak agak dan jangka. Selalunya ada bayangan, kiasan, dan juga maklumat sumber dari dalam. Malah selalunya masa yang diberi cukup untuk kami bersedia lakukan perubahan kerjaya.”
“Hanya dua minggu, sudah tentu ianya satu keputusan yang sukar nak diterima apatah lagi ketika rata-rata anak seni rata-rata berhadapan dengan kesukaran untuk bekerja kerana idnustri ini belum boleh beroperasi.”
“Semua curahan khidmat selama lapan tahun sebagai host Melodi seolah-olah telah terhenti macam tu saja.”
“Apapun, saya percaya pada aturan tentang rezeki dan takdir. Melalui tempoh 8 tahun, memang amat cukup untuk host lebih matang dan dapat kepuasan dalam rancangan yang diacarakan mereka. Saya kini reda dan tak ada terasa hati.”
“Dikatakan pihak TV nak gantikan pengacara dengan in house talent, yang bernaung dengan Media Prima, bermula bulan Ogos. Ini yang diberitahu.”
Menerusi ucapan terakhirnya, Awal Ashaari meminta maaf kepada semua yang terasa dan sekiranay ada keterlanjuran sepanjang dia menjadi host Melodi.
Awal Ashaari juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Media Prima kerana memberi kepercayaan kepadanya mengendalikan Melodi selama 8 tahun.