Polis, keluarga sahkan Shuhada ditumbuk diwajah oleh Hafidz Roshdi

7,651 views

Adik kepada Nurul Shuhada iaitu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi dikhabarkan telah ditumbuk oleh pelakon berkenaan di bahagian mukanya. 

Ini membuatkan Shuhada mengalami kecederaan di bahagian mukanya. Dari laporan, Shuhada telah dipukul beberapa kali di wajahnya. 

Kejadian berlaku semalam dan Shuhada pun dah pergi membuat laporan polis dan kini sedang menerima rawatan. 

POLIS DAH TERIMA LAPORAN, MENGESAHKAN KEJADIAN  

Shuhada telah buat report di Balas Polis Jinjang kira-kira jam 6 pagi tadi. 

Pihak polis iaitu Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafaton Abu Bakar telah membuat satu kenyataan dan mengesahkan kejadian.  

“Pihak polis dah tenerima report tentang kejadian itu dan kes sedang disiasat.” 

“Namun buat masa sekarang pihak polis masih belum dapatkan keterengan dari mangsa, Shuhada, kerana mangsa sedang dirawat di hospital.” 

KELUARGA SAHKAN KEJADIAN 

Dari laporan Kosmo, adik kepada Shuhada turut mengesahkan kejadian ini. 

Katanya kejadian berlaku di dalam kereta di RnR di Sungai Buloh.  

“Yes betul, kakak saya ditumbuk oleh suaminya.” 

“Satu pergelutan berlaku antara mereka berdua semasa berada di dalam sebuah kereta berhampiran lokasi tersebut.” 

“Shuhada ditumbuk sebanyak tiga kali di muka, kemudian saya terus membawanya ke balai polis untuk buat laporan dan kemudian terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan.” 

Adik juga berkata bahawa Shuhada telah pun dibenarkan keluar dari hospital dan sedang berehat di rumah.   

“Syukur alhamdulillah keadaan Shuhada kini stabil cuma lukanya perlu dijahit dan dinasihatkan berehat di rumah.”  

“Cumanya, akibat kejadian ini, dia amat terkesan dengan apa yang berlaku terjadi.” 

Shuhada ada muatnaik wajahnya yang tercedera di insta story pagi tadi dan berkata akan menceritakan hal yang terjadi kelak. 

Sementara itu, Hafidz Roshdi masih belum buat sebarang kenyataan.