“Dah ada baby bump, tahniah” Ramai tak sabar Fizo Omar buat announcement

22,367 views

Fizo Omar menamatkan zaman bujangnya dan kini sedang bahagia serta happy bersama isteri baru bernama Fazeera.

Sudah nak masuk 5 bulan melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini sering muatnaik gambar bersama-sama.

Namun, baru-baru ini, jika menjengah ke Instagram milik Fazeera, memang jelas kelihatan banyak komen yang ditulis yang mengatakan Fazeera kini sedang hamil.

Ini bermula dengan ada gambar isteri kepada Fizo ini yang dikatakan sudah nampak baby bump nya.

Gambar pertama yang buat ramai perasan macam dah ada baby bump ialah ketika pasangan ini berada di One World Hotel, Petaling Jaya.

Ketika itu, Fazeera memakai kemeja berwarna biru, dan kelihatan di bahagian perutnya bagai dah ada baby bump.

Sejak dari itu, apa lagi, terus beberapa keping gambar Fazeera dihujani dengan komen-komen ucapan tahniah dari para netizen yang kelihatan amat teruja sekali.

Ini antara komen yang ditulis: “Wah memang sudah nampak baby bump tu. Tahniah diucapkan kepada Fizo dan Fazeera.

Yes dah ada baby bump tu. Mariam nak dapat adik la ni.” Tulis netizen lain di gambar milik Fazeera.

Sememangnya para netizen ternanti pengumuman dari Fizo Omar tentang kehamilan isterinya.

Namun sehingga kini, belum lagi ada pengesahan dari Fizo mahu pun dari tuan punya badan, Fazeera. Semua ini masih lagi ura-ura saja.

Kita tunggu saja pengumuman jika hal ini benar dan betul bahawa isteri Fizo, Fazeera telah berbadan dua.

Kepada yang tak ingat, Fizo Omar dan Fazeera, disatukan sebagai suami isteri yang sah pada bulan Oktober 2021 di sebuah masjid di ibu negara. Pada hari yang sama, satu majlis perkahwinan diadakan di sebuah resort, namun ianya tertutup, hanya untuk family saja. Fazeera merupakan bekas seorang flight attendant.