“Saya jenis tak pegang tangan, rasa rimas”

2,763 views

Kalau tengok rancangan Gegar Vaganza, sudah tentu nama paling sinonim ialah juri tetapnya iaitu Datuk Ramli MS atau Tok Ram.

Dulu Tok Ram terkenal dengan gayanya yang agak tegas dan lantang dalam berkata-kata. Namun sekarang, jika dilihat di Gegar Vaganza, sedikit demi sedikit sudah nampak sisi lain Tok Ram ni.

Apatah lagi kalau ada Nabil dan juga Jihan yang selalu saja bergurau dengan maestro muzik berasal dari negara Singapore ini.

Tentang hal peribadinya, Tok Ram telah mendirika rumah tangga dengan penyanyi bersuara merdu Alyah. Walaupun sebelum ini ada banyakisu tentang perkahwin mereka, namun kini mereka dilihat bahagia.

Baru-baru ini, Alyah ada muatnaik video sedang berjalan bersama suaminya itu, di sebuah shopping complex.

Apa yang menarik perhatian para follower Alyah ialah ketika berjalan, Tok Ram langsung tak ada pegang tangan Alyah. Ini antara komen dari follower.

Alahai kenapa tak dipegang tangan isteri ketika jalan tu Tok Ram.” Tulis seorang netizen.

Ini memang berbeza dengan pasangan suami isteri yang lain, yang selalu berkepit dan berjalan sambil berpegangan tangan.

Menjawab beberapa komen dari netizen, Alyah mendedahkan dia pun sebenarnya lebih selesa macam tu. Alyah akui agak rimas kalau berkepit saja.

“Ini cerita semalam. Sepetang luang masa dengan suami, Tok Ram. Saya ni jenis yang suka menimati pemandangan, tengok persekitaran. Tetapi suami, Tok Ram akan jalan jalan laju, terus saja ke tempat yang mahu dituju tak toleh pun kiri dan kanan.”

“Saya ni pun jenis tidak suka berpegangan tangan, rasa rimas pula. Ikut cara dan bahagia masing-masing kan.”

Itulah jawapan dari Alyah kepada isu tak pegang tangan dengan To Ram ketika keluar bersama. Semoga pasangan ini akan terus bahagia dan kekal sampai jannah.