Shahrol Shiro mahu pelawak terbabit mengaku

8,671 views

Nama Shahrol Shiro antara yang naik setelah ada isu tentang seorang pelawak buat hal di Negeri Sembilan. Tanpa diberiathu nama pelawak berkenaan, pihak media melaporkan bahawa pelawak berkenaan berumur 40an dan pernah naik podium dalam rancangan Maharaja Lawak Mega.

Sudah tentu ramai yang berteka-teki, dan selain Shahrol, nama Tauke, Joey dan Wan Wala pun naik sama.

Tauke, Shahrol, Wan Wala dan Joey Dauh semuanya telah buat kenyataan menafikan terlibat dalam kes berkenaan.

Melihat banyak tuduhan yang dilemparkan, Shahrol Shiro tampil mengatakan pelawak yang terbabit patut buat pengakuan agar pelawak lain tak terkena tempiasnya.

Orang ramai semua ingatkan saya yang terlibat kerana kumpulan Shiro ni pernah meraih tempat kedua juga. Patut netizen kalau nak tahu, mereka kena cari lagi siapa bekas-bekas naib juara program berkenaan.

Kalau ikutkan, individu berkenaan kena tampil buat kenyataan bahawa dia sebenarnya ditahan untuk bantu siasatan. At least orang taklah buat tekai teki rambang cakap pelawak yang terlibat tu adalah saya.

Malahan ada nama beberapa pelawak lain pun kena termasuklah Mamat Sepah, Ali Puteh dan juga Shuk Sahar.”

Shahrol menjelaskan adalah satu hal yang tak adil nama pelawak lain terpalit sama kerana individu yang terbabit tak buat kenyataan.

Kawan-kawan pelawak semuanya dah terkena, ini amatlah tak adil. Jika dia buat statement mengaku ditahan untuk beri bantuan dalam siasatan pun dah boleh jerniahkan keadaan.

Tapi saya bukanlah nak salahkan dia kerana semua manusia ni ada dosa masing-masing. Namun begitu, hanya cara berkenaan saja, barulah para netizen semua tak tuding jadi secara rawak kepada pelawak lain, itu saja.” Itulah komen dari Shahrol Shiro tentang hal ini.

Laporan sebelum ini menulis bahawa pelawak berkenaan ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah dan direman empat hari namun dibebaskan dengan jaminan polis pada hari Selasa. Dari beberapa laporan, pelawak berkenaan pernah menang sebagai naib juara Maharaja Lawak Mega.