“Pelukan Angkasa” nyanyian SOG dan Shila Amzah dinobatkan Juara Lagu di AJL36

8,174 views

Pada malam ini, bertarikh 6 Mac 2022, telah berlangsung pertandingan Anugerah Juara Lagu kali ke 36 yang ditayangkan secara langsung di TV3.

AJL kali ke 36 ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan telah diacarakan oleh dua pengacara terkenal tanah air iaitu Aliff Satar dan juga Nabila Huda.

Pentas kali ini juga menerima tajaan dari brand Noir dengan ungkapan bertemakan cantik dengan Noir serta tema warna purple, dan juga phone Oppo.

Sebanyak 12 buah lagu telah dipilih menjadi finalis untuk edisi kali ini yang menyaksikan persaingan yang amat sengit.

Setelah lebih kurang dua jam lebih persaingan berlangsung, akhirnya keputusan yang dinanti telah diumumkan.

Ini keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36).

Juara Lagu: Lagu Pelukan Angkasa nyanyian oleh SOG dan Shila Amzah, membawa pulang RM100 ribu dan trofi.

Tempat kedua: Lagu Cinta nyanyian oleh Marsha Milan, membawa pulang RM50 ribu serta trofi.

Tempat ketiga: Lagu Mimpi nyanyian oleh Haqiem Rusly, membawa pulang wang RM30 ribu.

Persembahan terbaik: Marsha Milan, lagu Cinta, membawa pulang RM18 ribu.

Vokal terbaik: Aina Abdul, lagu Sepi, membawa pulang RM12 ribu.

Pilihan popular: Aina Abdul dan Khai Bahar, menang RM5 ribu.

Tahniah diucapkan buat semua pemenang yang berjaya.

Untuk info, antara yang menonjol pada malam ini ialah baju dari Aina Abdul yang tampil dengan tema pokok ketika persembahan bersama Khai Bahar.

Kemudian, ramai juga yang naik seriau melihat Naim Daniel tampil membuat persembahan dengan berdiri di atas katil sambil tergantung. Tak lupa juga dengan Yonnyboi yang dilihat tergantung ketika menyanyi.

Tak lupa juga dengan nyanyian yang bertenaga dari Marsha ketika menyampai lagu Cinta yang mendapat standing ovation.

Sementara itu, penantian nak tahu siapa yang akan ganti Ernie Zakri yang sedang berpantang akhirnya terjawab apabila Syamel hadir sebagai pengganti kepada isterinya sendiri.

Untuk Anugerah Juara Lagu malam ini, ianay diadili oleh juri professional yang hebat seperti Datuk Acis, Datuk Syafinaz Selamat, Altimet, Faizal Tahir, Helen Yap, dan Datuk Mokhzani sebagai ketua juri.

Tahniah diucapkan buat semua pemenang dan juga finalis.